BUTTERWORTH: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) diingatkan supaya memberi perhatian terhadap tiga perkara utama dalam senarai tugasnya berhubung gangguan bekalan air berjadual yang bermula esok.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata PBAPP perlu menyiapkan kerja-kerja penggantian dua unit injap 1,200 milimeter di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dalam tempoh 24 jam seperti dijanjikan sejak sebulan lepas serta 22 projek penyelenggaraan pencegahan lain di seluruh Pulau Pinang.
"Dalam kes ini jika mengikut jadual, bermakna dalam tempoh 24 jam menjelang 6 pagi hari Khamis 11 Jan semua kerja-kerja penggantian dua injap ini perlu disiapkan, tidak kira apa sekalipun yang berlaku.
"Melainkan jika berlaku kemalangan besar, ia perlu dimaklumkan segera tetapi PBAPP tetap perlu berpegang kepada sasaran empat peringkat pemulihan yang mana peringkat pertama 33 peratus daripada pengguna yang terjejas di kebanyakan kawasan di Seberang Perai mendapat bekalan dalam tempoh 48 jam," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan khas bagi meninjau permulaan penukaran injap di LRA Sungai Dua bersama Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K. Pahtmanathan hari ini..
Beliau berkata 84 peratus pengguna di Pulau Pinang dan Seberang Perai dijangka menerima air dalam tempoh 72 jam dan 99.5 peratus dalam tempoh 96 jam iaitu pada 14 Jan manakala peringkat keempat membabitkan baki 0.5 peratus lagi pengguna di kawasan kejiranan hujung paip agihan (EoL) dan tanah tinggi.
Chow berkata PBAPP juga perlu menyiarkan sekurang-kurangnya tiga kemas kini setiap hari mengenai kemajuan kerja dan proses pemulihan bekalan selain mengeluarkan kenyataan media mengikut keperluan.
Pathmanathan pula berkata pihaknya telah mengambil kira pelbagai faktor termasuk cuaca dan memberi jaminan bahawa kerja-kerja penggantian paip itu akan tetap dijalankan serta siap seperti dijadualkan.
"Kita telah mengambil langkah dengan mendirikan khemah dan jika hujan sekalipun, ia tidak akan menggangu gerak kerja yang dilakukan.
"Beberapa unit pam turut disediakan untuk mengeluarkan air sekiranya terdapat takungan di kawasan penugasan. Saya beri jaminan bahawa kami akan pastikan penggantian injap ini siap dalam tempoh 24 jam," katanya.
Sebelum ini, PBAPP mengumumkan kira-kira 590,000 pengguna termasuk bukan domestik akan mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam dari 6 pagi pada 10 Jan hingga 6 pagi 14 Jan bagi membolehkan penggantian dua unit injap di LRA Sungai Dua dan kerja sampingan lain di 22 lokasi di seluruh Pulau Pinang dilakukan.
Bagaimanapun, PBAPP menjangkakan sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah (SPT) akan menerima bekalan air selepas 48 jam manakala 157 lokasi membabitkan daerah SPT, Seberang Perai Selatan dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau akan mula menerima bekalan selepas 72 jam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024

Chow berkata PBAPP perlu menyiapkan kerja-kerja penggantian dua unit injap 1,200 milimeter di LRA Sungai Dua dalam tempoh 24 jam seperti dijanjikan. - Gambar Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

PBAPP perlu siapkan penggantian injap dalam tempoh 24 jam - Chow
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) diingatkan supaya memberi perhatian terhadap tiga perkara utama dalam senarai tugasnya berhubung gangguan bekalan air berjadual yang bermula esok.

Gangguan bekalan air berjadual di lima kawasan di Hulu Langat - Air Selangor
Beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja penyenggaraan penggantian injap di Taman Sri Indah Balakong.