IPOH: Perbicaraan kes rogol melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, ditangguhkan hari ini.
Ia ekoran tertuduh perlu menjalani kuarantin kendiri kerana dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada adik iparnya yang positif COVID-19.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan dari peguam Datuk Rajpal Singh.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 16, 30 dan 31 Mac depan sebagai tarikh baharu perbicaraan.
Bercakap kepada media di luar mahkamah, Rajpal berkata, anak guamnya kontak rapat dengan adik iparnya yang disahkan positif COVID-19 pada 12 Feb lalu dan status di aplikasi MySejahteranya berubah menjadi warna jingga.
"Sebenarnya hari ini kita sedia hendak teruskan pembelaan dengan saksi pertama, Yong, dan saksi kedua, isterinya, dan ada dua lagi saksi. Itu kemungkinan besarnya.
"Namun, saya diberitahu oleh Yong pada Ahad, pada Tahun Baharu Cina yang lalu dia ada berjumpa adik ipar perempuan, iaitu adik kepada isterinya.
"Dan selepas itu, adiknya buat ujian saringan PCR pada malam 11 haribulan (Jumaat), dia telah beritahu, dia positif COVID-19.
"Seperti yang kita tahu, varian Omicron cepat merebak. Dan Yong pun ada sedikit simptom, dia selesema," kata Rajpal.
Sehubungan itu, katanya, Yong dan isterinya, Too Choon Looi perlu menjalani kuarantin di rumah.
Pada 7 Dis lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan ADUN Tronoh itu membela diri atas tuduhan merogol pembantu rumahnya, pada 2019.
Hakim Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Mahkamah menetapkan perbicaraan selama dua hari pada 15 dan 16 Feb 2022.
Paul Yong didakwa merogol pembantu rumah berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, antara 8.15 malam dan 9.15 malam, pada 7 Julai 2019, mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.
Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen namun pada 15 Dis 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Yong didakwa di Mahkamah Sesyen pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Feb 15 2022
![Paul Yong kontak rapat, perbicaraan kes rogol pembantu rumah ditangguh Paul Yong kontak rapat, perbicaraan kes rogol pembantu rumah ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644897440_PaulYong.jpg)
Paul Yong didakwa merogol pembantu rumah di rumahnya di Meru Desa Park, antara 8.15 malam dan 9.15 malam, pada 7 Julai 2019. - Gambar fail
![JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0 JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738793240_TBJDT.jpg)
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
![Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin” Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738793021_TBMohammadMustafa.jpg)
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
![Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723452979_IbuKotaNusantara.jpg)
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
![Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738792621_TBpasarkeramat.jpg)
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
![Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737330147_GazaPalestineHam.jpg)
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
![445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI 445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738770997_GobindSinghDeo.jpg)
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
![Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713608544_kementerianpendidik.jpg)
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
![Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
![Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713670650_padi.jpg)
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
![UTM sedia menerajui pembangunan AI negara UTM sedia menerajui pembangunan AI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
![Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738753006_TronohPaulYongCho.jpg)
Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi
Seorang peguam memberitahu mahkamah bahawa pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong mengaku memberi keterangan palsu.
![Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732602625_tbmerogolpembantu.jpg)
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
![Kes rogol: Mahkamah Persekutuan benar bekas ADUN Tonoh kemuka bukti tambahan Kes rogol: Mahkamah Persekutuan benar bekas ADUN Tonoh kemuka bukti tambahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731402381_TronohPaulYongCho.jpg)
Kes rogol: Mahkamah Persekutuan benar bekas ADUN Tonoh kemuka bukti tambahan
Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya terhadap sabitan kes merogol pembantu rumah.
![Kes rogol amah: Pendengaran rayuan akhir Paul Yong 23 Okt ini Kes rogol amah: Pendengaran rayuan akhir Paul Yong 23 Okt ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725529670_tronohpaulyongcho.jpg)
Kes rogol amah: Pendengaran rayuan akhir Paul Yong 23 Okt ini
Mahkamah Persekutuan menetapkan 23 Okt depan untuk mendengar rayuan akhir bekas ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah kes rogol.
![Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709265190_TronohPaulYongCho.jpg)
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
![Bekas ADUN Tronoh, Paul Yong kekal bersalah rogol amah Bekas ADUN Tronoh, Paul Yong kekal bersalah rogol amah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709265190_TronohPaulYongCho.jpg)
Bekas ADUN Tronoh, Paul Yong kekal bersalah rogol amah
Mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada 13 tahun kepada lapan tahun dengan mengekalkan hukuman dua sebatan.
![Bekas ADUN Tronoh dibenarkan tambah tiga alasan dalam petisyen rayuan Bekas ADUN Tronoh dibenarkan tambah tiga alasan dalam petisyen rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656408704_PaulYongChoo.jpg)
Bekas ADUN Tronoh dibenarkan tambah tiga alasan dalam petisyen rayuan
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin membenarkan permohonan Yong.
![PBM bincang kedudukan Paul Yong pada Jumaat PBM bincang kedudukan Paul Yong pada Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658900772_PaulYong.jpg)
PBM bincang kedudukan Paul Yong pada Jumaat
PBM akan memperhalusi kedudukan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, susulan sabitan salah merogol pembantu rumah.
![Bersalah rogol pembantu rumah, Paul Yong dihukum penjara 13 tahun, dua sebatan Bersalah rogol pembantu rumah, Paul Yong dihukum penjara 13 tahun, dua sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658900772_PaulYong.jpg)
Bersalah rogol pembantu rumah, Paul Yong dihukum penjara 13 tahun, dua sebatan
Hakim mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
![Tuduhan rogol pembantu rumah: Nasib Paul Yong ditentukan pagi ini Tuduhan rogol pembantu rumah: Nasib Paul Yong ditentukan pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658886381_PaulYongChooKiong.jpg)
Tuduhan rogol pembantu rumah: Nasib Paul Yong ditentukan pagi ini
Jika sabit kesalahan, Paul Yong boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.