Pemaju perlu mematuhi syarat penyediaan Penilaian Impak Trafik (TIA) kepada sebarang cadangan pembangunan yang akan menyumbang kepada penjanaan trafik tinggi.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata, input itu hendaklah diambil kira oleh pemaju dalam membuat penambahbaikan infrastruktur sedia ada di kawasan tersebut bagi menampung pembangunan yang dicadangkan.
Selain dari itu dalam mempertimbangkan cadangan pembangunan yang diterima, pelbagai kriteria penilaian perancangan perlu diambil kira bagi memastikan pemprosesan permohonan dinilai secara menyeluruh dan tepat oleh pihak DBKL.
“Antara perkara yang disebutkan, ialah syarat-syarat yang ditentukan sebelum kelulusan, akan ditentukan cadangan-cadangan seperti jajaran jalan dan kelebaran jalan, lorong-lorong persimpangan jalan, garis-garis bangunan, jenis-jenis bangunan, ketinggian bangunan, kepadatan pembangunan, nisbah plot kawasan lapang, padang, rizab sekolah, rizab sungai dan perparitan, rizab pembentungan, kemudahan awam, surau dan masjid, rumah ibadat dan sebagainya,” katanya.
Dr Shahruddin berkata demikian ketika menjawab soalan P Prabakaran (PH-Batu) yang bertanya adakah kementerian itu telah mengambil kira keadaan trafik, alam sekitar, infrastruktur dan sosial ketika kelulusan diberikan kepada pemaju sesuatu kawasan.
Selain daripada itu, katanya, pihak pemaju akan disyaratkan untuk mematuhi Garis Panduan Perancangan Aspek Kawalan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Lereng Bukit bagi memastikan kawalan yang dikenakan ke atas pembangunan bagi kawasan-kawasan sensitiviti alam sekitar yang melibatkan kawasan bukit dan cerun.
“Ianya juga bagi memastikan cadangan pembangunan di kawasan tidak memberi impak yang negatif kepada kawasan persekitaran.
“Serahan bagi pelan-pelan perparitan, parit-parit induk dan kolam-kolam tadahan air hujan adalah berdasarkan kepada cadangan Sistem Pengurusan Air Hujan ataupun MSMA iaitu Manual Saliran Mesra Alam bagi mengatasi banjir kilat atau limpahan air di kawasan-kawasan pembinaan atau sekitarnya,” katanya.
Wan Syamsul Amly
Mon Nov 25 2019

Pemaju perlu mematuhi syarat penyediaan Penilaian Impak Trafik (TIA) kepada sebarang cadangan pembangunan yang akan menyumbang kepada penjanaan trafik tinggi, kata Dr Shahruddin Md Salleh. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Menteri Kerja Raya letak jawatan
Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuat kuasa serta-merta.

Tiada sidang media dari Redzuan - Setiausaha Politik
Dalam satu kenyataan Mohd Hafeez bekata, Mohd Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah kini sedang menjalani tempoh kuarantin.

Patuhi syarat TIA di kawasan trafik tinggi - Dr Shahruddin
Pemaju perlu mematuhi syarat penyediaan Penilaian Impak Trafik (TIA) kepada sebarang cadangan pembangunan yang akan menyumbang kepada penjanaan trafik tinggi

Tiada kompromi, tindakan tegas sebar isu perkauman, agama - Muhyiddin
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan atau menyebar isu perkauman dan keagamaan melalui media sosial.

Perhimpunan Agung PPBM sah mengikut perlembagaan parti
Kata Setiausaha Agungnya Dr Shahruddin Md Salleh, PPBM tidak mengadakan persidangan cawangan kerana setakat ini belum ada satu cawangan pun yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.