Kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) hendaklah mematuhi peraturan dan pensijilan di bawah peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations Regulation (UNR) UNR44 atau UNR129.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, UNR44 memberi panduan penggunaan produk CRS berdasarkan kumpulan berat kanak-kanak, manakala UNR129 memberi panduan produk CRS berdasarkan ketinggian kanak-kanak.
“Produk CRS yang mempunyai persijilan kedua-dua UNR ini akan sesuai untuk digunakan bagi kumpulan kanak-kanak di antara umur kelahiran sehingga berat dalam lingkungan 36kg.
“Dalam hubungan ini, secara umumnya, kanak-kanak yang mempunyai berat 36kg ini adalah berada dalam kumpulan umur 12 tahun dengan lingkungan ketinggian 135 cm,” katanya.
Kamaruddin berkata demikian ketika menjawab soalan Cha Kee Chin (PH - Rasah) yang meminta Kementerian Pengangkutan menyatakan secara menyeluruh cara pelaksanaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang diumumkan baru-baru ini.
Dalam pada itu kata Kamaruddin, produk-produk CRS yang mematuhi UNR44 juga dikategorikan mengikut kepada kumpulan berat sebagai panduan dan memudahkan orang ramai memilih produk yang bersesuaian untuk anak-anak mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berkata, kerajaan akan mewajibkan penggunaan CRS bermula pada 2020.
Jelasnya, langkah baharu itu susulan statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 sehingga 2017.
Wan Syamsul Amly
Thu Nov 28 2019

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berkata, kerajaan akan mewajibkan penggunaan CRS bermula pada 2020. - Gambar hiasan

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Jumlah hutang, pendapatan negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lau turut bertanyakan apakah langkah yang diambil bagi memulihkan ekonomi serta meningkatkan hasil pendapatan negara susulan impak wabak COVID-19.

Kanak-kanak dua tahun tercampak: Pemandu Myvi direman tiga hari
Reman bagi pemandu Myvi berusia 20 tahun itu dikeluarkan Majistret Tan Chai Wei di Mahkamah Majistret Rembau bermula semalam (12 Feb) sehingga 14 Feb.

Kerusi CRS: Jangan pertaruh nyawa anak semata-mata ingin jimatkan wang! - Pakar
Ibu bapa disaran agar tidak terpedaya dengan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System: CRS) yang murah.

CRS: KPDNHEP akan pantau penjualan atas talian agar ikut piawaian
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau dengan teliti penjualan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang meluas secara dalam talian ketika ini.

Kerajaan tidak berhasrat wajibkan CRS pada jenis kenderaan lain - Loke
Buat masa ini kementerian hanya memberi fokus pada kereta persendirian sahaja.

Kerusi keselamatan kanak-kanak: Tiada saman enam bulan pertama tetapi...
Kementerian akan terlebih dahulu melaksanakan pendekatan berbentuk amaran, nasihat dan mendidik para ibu bapa khusus untuk menyedarkan kepentingan kerusi keselamatan.

Patuhi kriteria kerusi keselamatan kanak-kanak - Kamaruddin
UNR44 memberi panduan penggunaan produk CRS berdasarkan kumpulan berat kanak-kanak, manakala UNR129 memberi panduan produk CRS berdasarkan ketinggian kanak-kanak.

Tiada saman dikeluarkan dalam tempoh enam bulan pertama penguatkuasaan CRS
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kementeriannya mengambil pendekatan mendidik dahulu sebelum langkah penguatkuasaan diambil sepenuhnya.

Penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak berperingkat - Loke
Kerajaan mewajibkan penggunaan CRS dalam kereta bermula 1 Januari tahun depan.