IPOH: Pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh yang menjual mangga asam boi dekat Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), Hilir Perak antara yang ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak.
Menurut Pengarahnya, Meor Hezbullah Meor Abd Malik, pihaknya melaksanakan Ops Selera, Ops Dandan, Ops Jaja, Ops Sapu, Ops Kutip dan Ops Gegar pada Khamis yang berakhir Jumaat pagi.
Katanya, sebanyak 15 premis kediaman, perniagaan, hotel dan refleksologi termasuk di tepi jalan raya sekitar daerah Kinta, Perak Tengah, Hilir Perak serta Bagan Datuk telah diperiksa.
"Operasi dijalankan Bahagian Penguatkuasa Imigresen Ipoh dan Unit Penguatkuasa Pejabat Imigresen Teluk Intan bermula 9 pagi pada 18 Julai dan tamat 3.30 pagi Jumaat.
"Serbuan dibuat berdasarkan aduan, pemantauan serta risikan yang dijalankan Unit Risikan dan Operasi Imigresen Perak di premis tersebut.
"Seramai 40 pegawai imigresen terbabit dalam pemeriksaan yang dijalankan ke atas 63 orang yang berada di premis berkenaan.
"Didapati seramai 26 warga asing terdiri daripada 11 warga Indonesia, Myanmar (enam), Bangladesh (tiga), India (tiga), Thailand (dua) dan Sri Lanka (satu), berusia antara 18 dan 49 tahun ditahan kerana dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan semalam.
Sehubungan itu, katanya, semua warga asing tersebut ditahan di Depot Imigresen Ipoh dan Langkap bagi tujuan siasatan.
Meor Hezbullah turut menzahirkan penghargaan di atas maklumat yang diberikan orang ramai.
Selain berharap masyarakat membuat laporan atau aduan bagi membantu Imigresen membanteras kehadiran PATI dan aktiviti kurang bermoral warga asing dalam negara.
Aida Aziz
Fri Jul 19 2024

Semua warga asing yang ditahan dalam operasi Imigresen Perak bermula Khamis hingga Jumaat itu ditempatkan di Depot Imigresen Ipoh dan Langkap bagi tujuan siasatan. - Foto Imigresen Perak
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

PATI jual mangga asam boi di Lebuhraya WCE antara ditahan Imigresen
Sebanyak 15 premis kediaman, perniagaan, hotel dan refleksologi di sekitar daerah Kinta, Perak Tengah, Hilir Perak dan Bagan Datuk diperiksa.