KUALA LUMPUR: Ratusan warga asing yang sanggup bersesak untuk menginap di unit pangsapuri di Jalan Kampung Abdullah Hukum, Bangsar di sini, dikejutkan dengan serbuan pihak berkuasa, pada Khamis.
Op Sapu itu dijalankan sepasukan pegawai Jabatan Imigresen Kuala Lumpur susulan aduan penduduk tempatan yang bimbang dengan jumlah warga asing di penempatan itu.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, operasi bermula kira-kira jam 12.15 tengah malam itu telah memeriksa hampir 100 unit rumah di pangsapuri terbabit.
Menurutnya, seramai 91 PATI termasuk 28 wanita berusia lingkungan 20 hingga 55 tahun telah ditahan hasil pemeriksaan terhadap 254 warga asing.
"Mengikut pecahan, tangkapan terdiri daripada warga Indonesia seramai 33 orang, Bangladesh (21), Pakistan (9), Myanmar (17), Nepal (8), India (2) dan satu Filipina.
"Ketika serbuan, terdapat segelintir PATI ini cuba bersembunyi selain enggan memberi kerjasama dengan tidak membuka pintu rumah," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata, PATI ini bekerja di sekitar kawasan Bangsar dan bekerja sebagai pekerja pembersihan serta buruh binaan.
Katanya, unit rumah ini mempunyai tiga bilik dan kebanyakan rumah telah diubah suai oleh pemilik sehingga boleh menampung sehingga 10 orang.
"Operasi akan terus dijalankan dalam usaha membendung PATI," ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) akta yang sama. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 13 2023
Antara warga asing yang ditahan menerusi Ops Sapu di unit pangsapuri di Kampung Abdullah Hukum, Bangsar, Kuala Lumpur pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
AWANI Ringkas: Korban konflik Israel-Palestin terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prospek dan cabaran ekonomi Malaysia separuh kedua 2024
Kerajaan optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada pada kedudukan yang baik dan akan berkembang pada kadar unjuran rasmi antara 4.0 peratus dengan 5.0 peratus bagi 2024, didorong pertumbuhan suku pertama yang lebih tinggi daripada jangkaan. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh enam bulan lalu dan apakah yang akan menjadi perhatian di kalangan pelabur untuk prestasi separuh tahun kedua 2024?
Prestasi FBMKLCI: Unjuran enam bulan akan datang
Setakat 31 Mei 2024, Indeks Komposit FBMKLCI ditutup pada 1,596.68 mata, mencatatkan peningkatan kukuh sebanyak 1.3% dari bulan ke bulan. Ini merupakan kenaikan mengagumkan sebanyak 9.3% dari awal tahun. Indeks ini menunjukkan prestasi yang kuat dengan mencapai tahap signifikan 1,600
mata pada pertengahan bulan, menonjolkan ketahanan dan potensi pertumbuhannya. Adakah indeks ini akan meneruskan momentum ini dalam tempoh enam bulan akan datang?
mata pada pertengahan bulan, menonjolkan ketahanan dan potensi pertumbuhannya. Adakah indeks ini akan meneruskan momentum ini dalam tempoh enam bulan akan datang?
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
Sindiket pelacuran warga asing tumpas, 75 individu ditahan
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pelacuran warga asing menerusi operasi khas di lapan lokasi sekitar Lembah Klang dengan penahanan 75 individu semalam.
Empat warga asing larikan wang lebih RM300,000 ditahan
Empat warga asing termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki melarikan wang milik seorang lelaki tempatan sebanyak RM360,966 atas urusan pembelian emas.
103 warga asing ditahan di Bali disyaki salah guna permit izin tinggal
Operasi oleh Direktorat Pengawasan dan Penguatkuasaan Imigresen itu membawa kepada penahanan individu, termasuk 14 warga Taiwan.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024
Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.
Geng pecah rumah warga asing tumpas
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.10 pagi, pada Isnin.
JIM Perak selamatkan 33 warga Bangladesh daripada eksploitasi majikan
Kesemua yang ditahan merupakan warganegara Bangladesh berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun.
Lapan individu ditahan dipercayai terlibat sindiket seludup senjata api, edar dadah
Lapan individu dipercayai terlibat sindiket penyeludupan senjata api dan pengedaran dadah diberkas susulan kejadian dua penjenayah ditembak mati di Taman Abad, pada 14 Jun lepas.
Imigresen serbu Bandar Sultan Suleiman, periksa 1,700 warga asing
Kawasan perumahan membabitkan warga Bangladesh, Pakistan, Myanmar dan Indonesia itu diserbu hasil risikan selama tiga bulan oleh JIM.
Lima lelaki Bangladesh ditahan disyaki culik rakan senegara
Polis menahan lima lelaki warga Bangladesh, semalam bagi membantu siasatan kejadian culik melibatkan seorang lelaki senegara, Jumaat lepas.