Cubaan meloloskan diri seperti seorang 'stuntman' atau pelakon lagak ngeri ketika diserbu polis membawa padah apabila suspek terbabit patah kaki kanannya akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah pangsapuri.
Lelaki warga Afrika itu merupakan antara 95 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diberkas dalam operasi bersepadu Polis Gombak bersama Jabatan Imigresen di Pangsapuri Desa Aman Puri, di Kepong, awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata melalui Op Black Flora yang turut dilakukan serentak di satu lagi kawasan iaitu Subang Jaya pada Sabtu malam, yang menumpu kepada warga asing Afrika.
Dalam serbuan di daerah Gombak, sejumlah 61 unit rumah di lima blok pangsapuri berkenaan dikesan menjadi tumpuan warga Afrika menyewa.
Dengan kehadiran lebih 300 pegawai dan anggota JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPD) Gombak, seramai 117 warga asing telah diperiksa.
Namun selepas disaring, 95 pendatang asing termasuk 78 lelaki dan 17 wanita ditahan.
Selain warga Afrika, turut ditahan ialah beberapa individu warga Thailand, Pakistan, Filipina dan juga Myanmar.
Menurut polis, 90 tangkapan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1953, manakala 5 lagi individu ditahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Astro Awani
Sun Jun 16 2019
Lelaki warga Afrika itu merupakan antara 95 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diberkas dalam operasi bersepadu Polis Gombak bersama Jabatan Imigresen. - Foto ihsan PDRM
Pergaduhan di stesen LRT: enam lagi individu ditahan
Suspek berumur lingkungan 20 hingga 24 tahun ditahan pada petang Selasa di sekitar ibu negara, dan direman selama sehari bermula semalam.
Kotak hitam kedua ditemukan di lokasi nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Dua perakam penerbangan telah ditemukan dan akan diserahkan kepada Bahagian Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Penerbangan untuk dianalisis.
Vietnam tundukkan Singapura dengan dua gol di lewat masa permainan
Dua gol pasukan pelawat hadir di masa kecederaan separuh masa kedua menerusi penalti Nguyen Tien Linh dan penyudah bijak Nguyen Xuan Son.
TNB komited pastikan bekalan elektrik terjamin dan berterusan menerusi pelaksanaan RP4
TNB memberitahu, sebarang perbezaan dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).
Kurang garis panduan jelas berkaitan etika cetus kebimbangan privasi - Pakar
Kebimbangan semakin meningkat terhadap privasi, akauntabiliti dan potensi penyalahgunaan AI.
WHO salur 50 tan bantuan perubatan untuk Syria
Sebuah pesawat kargo yang membawa kit pembedahan trauma dan ubat-ubatan penting tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada 4.30 pagi (0130 GMT).
GMS penting untuk pemusatan ASEAN, kata ahli akademik
GMS yang dimulakan oleh Bank Pembangunan Asia pada 1992, terdiri daripada Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam serta wilayah Yunnan dan Guangxi di China.
MYMBN gantung sementara eksport sarang burung ke China atas arahan DVS
Penggantungan itu susulan Virus Penyakit Newcastle di Malaysia yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.
65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Patah kaki ketika buat aksi 'stuntman' sewaktu operasi polis
Cubaan meloloskan diri seperti seorang 'stuntman' ketika diserbu polis membawa padah apabila suspek terbabit terjatuh dari tingkat 3 Pangsapuri Desa Aman Puri, di Kepong, awal pagi tadi.