Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan bekerjasama dengan kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas bagi melihat isu pemusnahan hutan dan cerun bukit di negara ini.
Menterinya Datuk Seri G. Palanivel berkata kegiatan pemusnahan hutan yang berleluasa di Cameron Highlands dan kawasan lain termasuk di Sabah dan Sarawak harus dihentikan.
"Isu alam sekitar di Cameron Highlands perlu perhatian segera dan harus dijaga. Pemusnahan hutan dan bukit telah menjadi masalah besar," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Palanivel mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai penerokaan hutan secara haram yang berleluasa di Cameron Highlands.
Beliau berkata akibat pemusnahan cerun bukit, kualiti air turut merosot selain sering berlaku tanah runtuh dan hakisan tanah.
"Ramai penduduk terjejas kerana mereka bergantung kepada sungai yang menjadi sumber air mereka. Banyak perkampungan Orang Asli juga bergantung kepada sungai sebagai sumber air," katanya.
Menurut Palanivel kementeriannya mempunyai beberapa rancangan untuk menyelamatkan hutan serta cerun bukit sebagai langkah pencegahan, dan beliau akan memastikan rancangan terbabit dilaksana.
Bernama
Sun May 19 2013
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Polis jalankan siasatan video upacara keagamaan
Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan satu upacara keagamaan di sebuah tokong di negeri ini yang berlatar belakangkan runut bunyi selawat.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
Kira-kira satu hektar hutan terbakar di Bukit Bendera
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 7 malam sebelum sebuah jentera ke lokasi kejadian.
Peruntukan RM1.6 bilion setahun atasi kesan bencana alam seluruh negara - Wan Junaidi
Peruntukan seluruh negara itu khas untuk kerja-kerja membina benteng hakisan ombak, membina kawasan tebatan banjir, pengairan serta saliran dan membina benteng di cerun-cerun bukit.
Pasukan khas ditubuh tinjau isu pemusnahan hutan dan cerun bukit
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan bekerjasama dengan kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas bagi melihat isu pemusnahan hutan dan cerun bukit