KOTA KINABALU: Sepasukan Kor Kesihatan Diraja (KKD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digerak ke Turkiye awal pagi esok untuk mewujudkan hospital medan susulan gempa bumi yang melanda negara itu tiga hari lepas, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata seramai 106 anggota tentera termasuk 41 doktor akan digerak ke negara itu selain kelengkapan termasuk tiga dewan mudah alih yang digunakan untuk kecemasan dan satu dewan bedah mudah alih.
"ATM telah mendapat permohonan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengenai perkara berkenaan. Setelah berunding dengan Kedutaan Turkiye di Kuala Lumpur, kita mengambil keputusan untuk mengerakkan pasukan berkenaan.
"Hospital medan berkenaan akan beroperasi selama enam minggu," katanya kepada pemberita selepas melawat Kem Lok Kawi (Markas 5 Briged) di sini hari ini.
Mohamad berkata peralatan hospital itu akan dihantar secara berperingkat dan hospital berkenaan adalah sama seperti fasiliti hospital medan yang pernah diwujudkan ATM ketika berdepan pandemik COVID-19 sebelum ini.
Beliau berkata ketika ini, pihaknya masih belum mengetahui lokasi hospital medan itu kerana bencana tersebut melibatkan kawasan yang luas dan menyerahkan kepada kerajaan Turkiye untuk menentukan kawasan sesuai bagi mendirikan hospital medan.
"Apa yang penting kita mahu semua pasukan yang dihantar ke sana dapat menyelesaikan misi dengan selamat. Kita tahu bahawa akan ada gegaran susulan oleh itu, mereka kena berhati-hati," katanya.
Mengulas mengenai lawatan kerja ke Sabah, Mohamad berkata ia bagi meninjau fasiliti dan kemudahan Kem Tentera di Pantai Barat Sabah selain keadaan pengoperasian dan kesiapsiagaan ATM serta warga kerja Kementerian Pertahanan.
"Saya telah melawat pangkalan Armada Timur di Sepanggar dan saya berpuas hati dengan pengoperasian mereka. Pangkalan itu agak baharu dan tiada masalah dari segi bangunan namun ada sedikit masalah kelewatan peruntukan untuk menyelenggara aset dan itu kita akan selesaikan dengan segera.
"Saya juga mengadakan lawatan di Kem Lok Kawi dan kita sedia maklum kem ini sudah lama dan banyak masalah yang timbul khususnya dari segi infrastruktur. Jadi kita akan berusaha menaik taraf apa-apa yang telah usang kerana kita mahu anggota dan pegawai yang bertugas selesa," katanya.
Pada masa sama, beliau telah kertas kerja disediakan bagi tujuan memindahkan klinik di dalam kawasan kem itu.
"Klinik berkenaan akan dinaiki air setiap kali hujan lebat oleh itu, klinik ini akan dipindahkan ke satu bangunan sedia ada yang telah dikosongkan namun kita mahu melihat kertas kerja terlebih dahulu dan saya rasa kementerian tiada mempunyai masalah mengenai perkara berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra dengan anggota tentera ketika melakukan lawatan di Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, hari ini. - Foto BERNAMA
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Pasukan hospital medan ATM digerak ke Turkiye awal pagi esok - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan berkata seramai 106 anggota tentera termasuk 41 doktor akan digerak ke negara itu.