KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon agar prasarana digital di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) mampu membantu memudahkan urusan guru dan bukannya memberikan lagi tekanan.
NUTP dalam kenyataan hari ini berharap bahagian data dan maklumat di KPM dapat mengawal dengan lebih serius sebarang aplikasi atau sistem baharu yang diwujudkan sama ada di peringkat bahagian-bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
"Pastikan prasarana digital benar-benar mantap dan mampu menampung keperluan warga KPM yang besar. Guru tidak mahu lagi tertekan dengan aplikasi pendigitalan. Sepatutnya penggunaan aplikasi tersebut membantu guru dalam melaksanakan tugas serta memudahkan urusan guru, bukan sebaliknya memberikan tekanan emosi yang melampau kepada guru-guru," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan NUTP menyokong tujuh langkah yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam menangani beban dan tekanan warga pendidik pada Jumaat lepas, yang merupakan usaha murni untuk membantu guru.
"Langkah tersebut juga untuk meningkatkan kesejahteraan guru dan mengurangkan tekanan dalam kalangan guru serta membantu memperbaiki permasalahan sistem pendidikan di Malaysia.
"NUTP yakin keputusan yang dibuat adalah hasil usaha Menteri Pendidikan dan warga KPM yang telah turun padang dalam mendapatkan maklum balas terus daripada akar umbi. Pihak kami turut mendapat maklum balas positif daripada guru-guru," menurut kenyataan.
Menurut NUTP, Menteri Pendidikan juga telah mengarahkan KPM untuk menyegerakan tujuh langkah tersebut bagi dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2023/2024 ini.
Langkah-langkah berkenaan termasuk pemansuhan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid dan mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang melibatkan guru kepada setahun sekali sahaja.
Langkah lain adalah menetapkan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel kepada guru iaitu 12 tengah hari untuk sesi pagi dan 5 petang untuk sesi petang bagi mengelak kesesakan dalam sistem serta pelantikan pengawas peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan Tinggi (IPT).
KPM juga akan mengehadkan penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah, selain menetapkan ringkasan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di peringkat KPM bagi memastikan kembali memenuhi keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.3/1999, yang merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi.
Langkah ketujuh adalah memperkukuh autonomi guru dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, serta pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjadikan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2023
NUTP berharap bahagian data dan maklumat di KPM dapat mengawal dengan lebih serius sebarang aplikasi atau sistem baharu yang diwujudkan.
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Pastikan aplikasi digital mudahkan urusan guru, bukan tambah tekanan - NUTP
NUTP berharap bahagian data dan maklumat di KPM dapat mengawal dengan lebih serius sebarang aplikasi atau sistem baharu yang diwujudkan.