Pasport Malaysia kini bermuka baru dengan mukasurat biodatanya ditukar kepada bahan asas polikarbonat dengan menggunakan teknik personalisasi ukiran laser.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Alias Ahmad berkata pembaharuan ini adalah usaha jabatan itu untuk memaksimakan keselamatan mukasurat biodata yang mana sebelum ini menggunakan laminate.

“Pembaharuan ini melibatkan perubahan yang besar di dalam sistem pemgeluaran pasport dan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan telah mengakibatkan gangguan ke atas sistem yang menyebabkan kelewatan proses pengeluaran paspor,” kata beliau.

Beliau turut berkata segala usaha membaik pulih gangguan sistem ini sedang digerakkan secara maksimum oleh jabatan itu bersama vendor Datasonic dan Heitech Padu.

“Proses pertukaran kepada teknologi baru ini melibatkan seluruh negara dan dijangka siap pada Jun tahun ini,” kata beliau.