MENTAKAB: Lebih seminggu berlalu selepas bah melanda beberapa kawasan di Mentakab, Pahang dan ia beransur-ansur memberi kesan kepada emosi penduduk.

Itu antara pemerhatian Astro AWANI yang turun ke Taman Mentakab Indah, antara kawasan terjejas teruk pada malam 18 Disember lalu.

Perumahan dua tingkat di kawasan ini antara yang tenggelam pada hari kejadian, apabila paras banjir dikatakan melebihi 20 kaki (lebih 6 meter).

Lebih perit, apabila semua harta benda musnah sekelip mata. Kini apa yang berlegar di benak mereka bagaimana untuk mereka bangkit semula?

Bagi Ranta Melani, 50, ibu kepada empat anak ini, semangat untuk memulakan hidup baharu tidak pernah luntur.

Meskipun berat dugaan dihadapinya dan penduduk setempat, namun mereka tetap cekal.

"Semangat tetap ada, nak buat macam mana kan, semangat untuk semula hidup baharu ada lagi untuk tahun baharu.

"Besar dugaannya nak buat macam mana dah tak lboeh buat apa kan," katanya.

Mereka tidak sendiri kerana pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan dilihat tidak putus-putus memberi bantuan kepada penduduk.

"Mereka (sukarelawan) bagi barang, toto (selimut), mereka bagi.

"Okay lah cukup, mereka bagi kita ambil. Susah hati, esok mahu tahun baharu memang banyak susah hati.

"Apa barang pun tak ada, apa pun tak ada. Rumah malam pun tak boleh tidur, anak-anak ada kan. Saya dah lama duduk sini 23 tahun," luahnya ketika disapa Astro AWANI pada Jumaat.

Hanya tuhan sahaja tahu

Menurut penduduk, taman perumahan itu sering kali dilanda banjir setiap tahun. Namun kali ini, melelahkan mereka selepas hampir kesemua peralatan rumah rosak.

Ia sekali gus memberi kesan emosi serta trauma kepada setiap penduduk terutama untuk membeli peralatan rumah.

"Siapa yang nak membantu di Taman Mentakab Indah lebih baik bagi barangan elektrik ke, atau dapur gas, kipas kalau mesin basuh lagi bagus atau peti ais," jelas Nurul Yuhana Asmi, 37, ketika kami temui.

Jelasnya, meskipun tersenyum, namun hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan setiap mangsa banjir apabila harta benda mereka musnah.

"Biar kita sedih dalam hati tapi Allah je tahu hakikatnya, nak masuk tahun baharu lagi ini.

"Tahun 2021 bulan Januari lalu kami dah banjir kuat, tapi kali ini lagi kuat.

"Pembukaan dan penutup tahun 2021 lagi teruk banjir. Kita tak tahu kesudahannya, dengar cerita ada gelombang lagi, kita nak menangis tak boleh, tersenyum pun tak boleh," jelasnya.

Menurut penduduk, taman perumahan itu sering kali dilanda banjir setiap tahun. Namun kali ini, melelahkan mereka selepas hampir kesemua peralatan rumah rosak.

Menurut penduduk, taman perumahan itu sering kali dilanda banjir setiap tahun. Namun kali ini, melelahkan mereka selepas hampir kesemua peralatan rumah rosak.

BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI

Besar harapan penduduk untuk berpindah kerana sudah letih dengan banjir yang menjadi acara tahunan di kawasan itu. - Foto Astro AWANI

Penduduk mahu pindah

Dalam pada itu, buat Mohd Akaram Ramli, 59, mereka mahukan agar satu kawasan pemindahan baharu diberikan kepada penduduk Taman Mentakab Indah.

Besar harapan penduduk jelasnya, untuk berpindah kerana sudah letih dengan banjir yang umpama menjadi acara tahunan di kawasan itu.

"Saya berharap benar dapat adakan pemindahan di kawasan lain untuk penduduk di sini. Saya dah sewa sini lima tahun, nampaknya sekadar kerja-kerja mengorek longkang sahaja. 

"Banjir datang setiap tahun, tahun ini paling teruk, dulu awal tahun (Januari 2021) paras air bawah tingkat satu. Kali ini akhir tahun atas tingkap satu, kerajaan Negeri Pahang fikir apa perlu dibuat," katanya lagi.

Sepanjang Astro AWANI di kawasan perumahan tersebut, kelihatan beberapa lori tiga tan milik sukarelawan mengangkut sampah dan barangan yang rosak di setiap rumah penduduk.

Dibantu dengan jentolak dan puluhan petugas sukarelawan yang datang dari Ajil, Kuala Terengganu.