KUALA LUMPUR: Perluasan pasaran kerja yang aktif dan inklusif, seharusnya mempunyai strategi penyatuan semula, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Strategi ini, jelas Perdana Menteri, merupakan bahagian penting dalam sesuatu inisiatif yang mempunyai tujuan untuk melindungi keselamatan sosial pekerja.
Menurut beliau, strategi itu amat penting supaya aktiviti seperti bantuan pencarian kerja, pengurusan golongan kurang berkeupayaan, program keusahawanan, pendidikan vokasional dan latihan dapat dikembangkan kepada populasi yang disasarkan.
“Penyertaan setiap lapisan komuniti, termasuk majikan, pekerja pencari kerja, graduan serta golongan belia amat diperlukan untuk mengharungi krisis seperti ini (COVID-19).
“Justeru, semua pihak dan pemegang taruh perlu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing, secara bersama,” katanya ketika berucap pada majlis penutup International Public Employment Forum 2021 (IPEF 2021), anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini.
Teks ucapan Perdana Menteri dibacakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
Berucap lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelbagai pakej bagi menyokong kesinambungan perniagaan, pengekalan pekerjaan, program reskilling dan upskilling, pewujudan pekerjaan, termasuk insentif upah melalui Prihatin, Penjana, Pemerkasa dan Pemulih.
Ismail Sabri berkata, strategi pelaburan ke dalam pasaran kerja tempatan mampu membantu rakyat, terutamanya pencari kerja, untuk mencari peluang baharu, dan pada masa sama, mengekalkan pendapatan dan permintaan.
Strategi ini, kata Perdana Menteri, akan mengukuhkan keseimbangan fiskal dalam jangka masa panjang.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang beliau perkenalkan sebelum ini, menggambarkan semangat negara, ketika Kerajaan terus memberi fokus kepada agenda pembangunan negara, serta memastikan kebajikan rakyat terjaga.
“Bagi meningkatkan peluang kepada rakyat untuk terus menjadi produktif, Kerajaan Malaysia telah, dan akan terus menyediakan bantuan kewangan, pekerjaan, serta insentif latihan.
“Ini demi memastikan tiada siapa ketinggalan ketika mana kita melaksanakan pelan untuk keluar dari kriris ini. Adalah menjadi komitmen saya untuk memastikan proses pemulihan negara dari pandemic adalah bersasar, serta inklusif,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Sep 08 2021

Perluasan pasaran kerja yang aktif dan inklusif, seharusnya mempunyai strategi penyatuan semula, kata Perdana Menteri. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar BERNAMA
Cuba alami gangguan bekalan elektrik skala besar
Sebahagian besar kawasan di Cuba mengalami gangguan bekalan elektrik pada Jumaat selepas rangkaian kuasa negara itu sekali lagi mengalami kegagalan, lapor agensi berita Jerman, dpa memetik Kementerian Tenaga.
Amerika Syarikat lancar misi ke ISS, bawa pulang dua angkasawan
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan SpaceX melancarkan misi baharu membabitkan penyertaan angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Jumaat, langkah penting bagi membawa pulang dua angkasawan NASA, Suni Williams dan Butch Wilmore yang terperangkap di angkasa sejak Jun lalu, lapor Xinhua.
Teruja disaji 'dua ekor lembu golek' ketika berbuka puasa
Program Iftar On The Road di Bertam Square, Pulau Pinang sempena penganjuran Karnival Mahabbah

Kerajaan Selangor bantu 48 keluarga terjejas akibat ribut di Sekinchan
Seramai 48 keluarga mangsa ribut yang melanda Taman Ria, Sekinchan dekat sini pada 11 Mac lepas menerima bantuan kerajaan negeri dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan asas, bagi meringankan b
Projek Waterfront Labuan bernilai RM38 juta akan lonjak ekonomi, pelancongan
Labuan, hab perniagaan dan kewangan antarabangsa Malaysia bakal melalui transformasi penting dengan cadangan Projek Pembangunan Waterfront (Fasa 1) bernilai RM38 juta untuk menjana manfaat ekonomi dan meningkatkan daya tarikan pelancong.
PM arah institusi tangani kemerosotan minat STEM
Institusi pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sekolah sains dan sekolah menengah agama diarah ambil mengambil langkah segera dalam menangani isu kemerosotan minat anak-anak Melayu terhadap subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
ETS Segamat operasi hari ini, rancak ekonomi setempat
ETS KTMB Segamat mula beroperasi hari ini, dijangka merancakkan lagi aktiviti ekonomi bandar.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 26-27 Mei - Mohamad Hasan
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 akan diadakan pada 26 dan 27 Mei ini manakala Sidang Kemuncak ASEAN bersama Rakan Dialog bermula penghujung Oktober, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Terminal Bersepadu Gombak mula terima penumpang
Suasana di terminal masih lengang, hanya beberapa bas kelihatan menurunkan penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Guan Eng pertahan jawatan, tolak spekulasi tarik diri
Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menafikan spekulasi bahawa beliau akan menarik diri daripada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti yang berlangsung pada Ahad.

Pasaran kerja negara pasca COVID-19 perlu ada strategi penyatuan semula - PM Ismail Sabri
Perluasan pasaran kerja yang aktif dan inklusif, seharusnya mempunyai strategi penyatuan semula, kata Perdana Menteri.