KUALA LUMPUR: Pasaran buruh meningkat 2.4 peratus pada suku kedua 2023 dengan merekodkan 16.73 juta orang walaupun pertumbuhan perlahan dalam guna tenaga dan penurunan lebih kecil bagi penganggur, demikian menurut Sorotan Pasaran Buruh Suku Kedua 2023 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan itu kebanyakannya disumbangkan oleh kenaikan 2.8 peratus dalam bilangan penduduk bekerja, merangkumi 16.15 juta orang pada suku kedua 2023.
Beliau berkata bilangan penganggur pula turun 9.5 peratus tahun-ke-tahun kepada 581,400 orang, mencatatkan kadar pengangguran negara pada 3.5 peratus semasa suku tahun kedua 2023.
"Peningkatan permintaan terhadap buruh oleh industri telah menyebabkan pertambahan guna tenaga walaupun pada kadar yang perlahan pada suku kedua 2023, membawa kepada pengurangan kadar pengangguran berbanding setahun lalu.
"Keadaan ini telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi yang positif di samping persekitaran global yang mencabar dengan merekodkan pertumbuhan yang sederhana sebanyak 2.9 peratus pada suku kedua 2023 berbanding pertumbuhan 5.6 peratus pada suku sebelumnya," katanya.
Mohd Uzir berkata penyertaan buruh juga mencatatkan kadar tertinggi berbanding tempoh sebelum pandemik untuk merekodkan 70 peratus, iaitu meningkat 0.8 mata peratus daripada suku yang sama tahun lepas.
Mengulas mengenai situasi permintaan buruh pada suku kedua 2023, beliau berkata jawatan dalam sektor swasta bertambah 2.4 peratus kepada 8.83 juta jawatan.
"Jawatan diisi merangkumi 97.9 peratus daripada jumlah jawatan dan berkembang 2.5 peratus kepada 8.64 juta manakala peluang pekerjaan dalam ekonomi ditunjukkan oleh bilangan kekosongan merangkumi 2.1 peratus daripada jawatan, berkurang 0.9 peratus kepada 189,600 kekosongan," katanya.
Beliau berkata lebih separuh daripada kekosongan jawatan pada suku kedua 2023 adalah dalam sektor pembuatan yang menyumbang 108,000 kekosongan dengan sebahagian besarnya dalam subsektor produk elektrik, elektronik dan optik yang merekodkan 34,200 kekosongan jawatan.
Katanya situasi permintaan buruh yang lebih baik pada suku itu juga dapat dilihat menerusi kenaikan 8.6 peratus bagi bilangan pewujudan jawatan.
Mohd Uzir berkata momentum pasaran buruh dijangka mengekalkan pertumbuhan stabil pada suku akan datang, disokong pembangunan ekonomi berterusan, inisiatif kerajaan dan pelaburan berkualiti yang akan mewujudkan pekerjaan berkualiti dan bergaji tinggi.
"Bagaimanapun, prospek ini tertakluk kepada pelbagai cabaran global dan domestik yang berpunca daripada situasi luar jangka yang mungkin berlaku pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023
![Pasaran buruh kekal trend meningkat, catat 16.73 juta tenaga buruh pada suku kedua 2023 Pasaran buruh kekal trend meningkat, catat 16.73 juta tenaga buruh pada suku kedua 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678689820_TBbnm.jpg)
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan itu kebanyakannya disumbangkan oleh kenaikan 2.8 peratus dalam bilangan penduduk bekerja, merangkumi 16.15 juta orang pada suku kedua 2023. - Gambar fail/Astro AWANI
![Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.
![SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan.
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
![Belanjawan 2024: Cerminan komitmen kerajaan perkasa pasaran buruh negara - Perkeso Belanjawan 2024: Cerminan komitmen kerajaan perkasa pasaran buruh negara - Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689589659_AzmanAziz.jpg)
Belanjawan 2024: Cerminan komitmen kerajaan perkasa pasaran buruh negara - Perkeso
Kerajaan mencerminkan tekad untuk memangkin pertumbuhan pekerjaan baharu menerusi enam inisiatif akan dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam Belanjawan 2024.
![PAPSMA hairan isu pengambilan pekerja asing masih belum selesai PAPSMA hairan isu pengambilan pekerja asing masih belum selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648623082_construction.jpg)
PAPSMA hairan isu pengambilan pekerja asing masih belum selesai
Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) hairan apabila difahamkan tiada perkembangan terkini mengenai perjanjian membuka semula pasaran buruh antara Malaysia dan Bangladesh.
![Pasaran buruh makin baik, pengangguran terus menurun - Mustapa Pasaran buruh makin baik, pengangguran terus menurun - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61596634035_ORANGRAMAI.jpg)
Pasaran buruh makin baik, pengangguran terus menurun - Mustapa
Sebilangan besar sektor ekonomi juga terus mencatat peningkatan guna tenaga sejak Jun 2020.