KUALA LUMPUR: Bekalan telur ayam di pasar raya dan kedai runcit di lima negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Melaka dilihat semakin meruncing berikutan banyak pihak, termasuk pengguna dan peniaga mengakui berdepan kesukaran mendapatkan bekalan itu ketika ini.
Di PERAK, tinjauan Bernama di sebuah pasar raya segar di Bandar Meru Raya, Ipoh mendapati berlaku pengurangan stok telur ayam sehingga tiada bekalan mahupun simpanan di premis itu manakala beberapa kedai runcit pula boleh didapati dalam kuantiti amat sedikit.
Seorang pekerja kedai runcit Muliadi Abdul Jalil, 32, berkata kekurangan bekalan telur berlaku sejak kira-kira tiga bulan lepas apabila premis berkenaan sebelum ini pernah menerima bekalan telur sebanyak 60 papan, tetapi kini hanya memperoleh separuh daripada tempahan atau lebih sedikit akibat ketiadaan stok.
Menurut seorang lagi pekerja kedai runcit Fikri Abdul Rahman, 23, premis itu juga hanya memperoleh separuh bekalan telur iaitu hanya kira-kira 60 papan berbanding 150 papan sebelum ini.
Di PULAU PINANG, pengusaha kedai makan di Bandar Perda, Azhar Basirun, 59, berkata beliau perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 60 biji telur ayam setiap hari untuk perniagaannya, namun terpaksa membeli di beberapa kedai runcit berikutan peniaga mengehadkan pembelian 10 biji sahaja untuk seorang.
Pengguna Muhammad Haris Omar, 42, turut mengakui bekalan telur ayam terhad dan harganya agak mahal berbanding kebiasaan, justeru beliau berharap masalah itu dapat diselesaikan segera oleh pihak berkuasa kerana telur antara sumber makanan yang murah untuk keluarga B40.
Bagi seorang peniaga telur ayam di pasar di Kepala Batas, Amirul Muizz, 45, beliau sendiri mendapat bekalan yang sedikit iaitu kurang separuh daripada biasa dan kadangkala tiada langsung telur ayam yang dihantar oleh pemborong kepadanya.
Di KELANTAN, tinjauan di beberapa kedai runcit dan pasar raya menunjukkan tiada bekalan telur ayam seperti kebiasaannya di rak-rak jualan, sebaliknya masih digantikan dengan bekalan telur 'omega' dan telur putih.
Pekerja pasar raya di Bandar Baru, Hassan Basri, 27, berkata bekalan telur putih dan omega baru tiba di tempat kerja beliau hari ini dan dijangka habis hari ini juga.
Selain itu, pengusaha bakeri Nadia Bustamam, 34, berkata ketiadaan bekalan telur ayam biasa sebelum ini menjejaskan operasi perniagaannya kerana terdapat beberapa jenis kek tidak boleh menggunakan telur lain selain telur ayam berwarna perang.
Sementara itu di SELANGOR, tinjauan di sekitar Shah Alam mendapati bekalan telur sukar diperoleh sejak beberapa bulan lepas, terutamanya di kawasan yang jauh dari bandar.
Suri rumah Rosliza Abdul Samad, 40, berkata ketiadaan bekalan sumber protein itu membuatkannya terpaksa pergi ke pasar raya lebih jauh dari kawasan penempatan selain terpaksa membeli telur jenis omega yang jauh lebih mahal kerana susah untuk mendapatkan telur biasa.
Di MELAKA, peniaga nasi lemak Muhammad Ismail Sulaiman, 40, dari Klebang Pengkalan Rama berkata beliau telah beberapa kali berdepan kesukaran mendapatkan bekalan telur sehingga menjejaskan jualannya.
"Kadang-kadang saya terpaksa mencari di lebih lima premis untuk membeli telur ayam dan terdapat juga kedai runcit atau pasar raya yang mengehadkan jualan bagi setiap pembeli. Selain bekalan, pilihan gred telur yang dijual kebanyakan gred B dan harganya lebih mahal...namun tiada pilihan," katanya.
Selain itu, Tan Hock Seng, 34, dari Bachang mengakui turut berhadapan situasi sama berikutan telur ayam di kedai runcit berhampiran rumahnya sering kehabisan bekalan dan ada kalanya hanya boleh dibeli pada hari tertentu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022

Pengguna dan peniaga mengakui berdepan kesukaran mendapatkan bekalan telur ketika ini.- Gambar/ BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Pasar raya, kedai runcit di lima negeri berdepan kekurangan bekalan telur ayam
Bekalan telur ayam di pasar raya dan kedai runcit di lima negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Melaka dilihat semakin meruncing