SERI KEMBANGAN: Bagi anak-anak jati Sarawak yang merantau ke Semenanjung, kerinduan terhadap makanan tradisional bumi asal seperti kek lapis sarawak, mi kolok, ikan pansuh, kuih bongkol, celorot, kompia dan asam terung, pastinya sentiasa hadir di hati mereka.
Justeru, tidak menghairankan apabila ada perantau dari Bumi Kenyalang itu sanggup mengorak langkah mewujudkan Pasar Borneo di Seri Kembangan dekat sini sejak tujuh tahun lalu, yang bukan sahaja menjual pelbagai produk Sarawak tetapi juga negeri jiran, Sabah.
Pasar Borneo yang dibuka setiap Sabtu dari pukul 5 hingga 11 pagi itu bukan sahaja dapat memenuhi keinginan anak-anak Sarawak di sini menikmati makanan tradisional kegemaran mereka tetapi pada masa sama turut memperkenalkan pelbagai tradisi serta budaya negeri berkenaan termasuk makanan kepada rakyat Malaysia di Semenanjung.
Presiden Persatuan Peniaga Pasar Borneo Seri Kembangan Nelson Entap Engin ketika ditemui Bernama baru-baru ini berkata pelbagai barangan tempatan dari Sarawak dan Sabah boleh didapati di pasar tersebut.
Katanya pasar berkenaan bukan sahaja menarik perhatian pengunjung anak Sarawak dan Sabah tetapi juga penduduk tempatan.
Menurut Nelson, idea mewujudkan pasar berkenaan tercetus apabila dia dan rakan senegeri menghadapi kesukaran mendapatkan produk atau makanan dari tanah kelahirannya di sini.
Dia dan rakannya kemudian menjalankan jualan produk dan makanan secara kecil-kecilan yang akhirnya berkembang kepada pembukaan Pasar Borneo yang kini menjadi sebutan ramai.
Menurut Nelson, kewujudan pasar itu menangani isu kekangan kos penghantaran barangan idaman dari kampung yang selama ini dihadapi oleh anak-anak Sarawak di sini.
“Pengunjung beragama Islam juga tidak perlu risau kerana kita memastikan semua makanan dan produk yang dijual adalah halal walaupun ada peniaga bukan beragama Islam. Kami juga menjamin kebersihan pasar ini.
"Selain itu, melalui pasar ini, kita dapat mendekatkan dan memperkenalkan budaya dan makan tradisional kita kepada masyarakat di sini,” katanya.
Seorang pengunjung Martin Kiu Redan Jenis, 27, berasal dari Padawan, Sarawak tidak melepaskan peluang untuk membeli sayur kegemarannya seperti midin dan terung Dayak atau juga dikenali sebagai terung asam.
Teruja dapat berjumpa dengan rakan-rakan senegeri, dia yang pertama kali menjejakkan kaki ke pasar itu mengakui pasar berkenaan memberi peluang kepadanya berkomunikasi dalam bahasa ibundanya iaitu Bidayuh atau Iban.
"Sebelum ini saya cuma mendengar tentang Pasar Borneo dan tidak sangka ia sangat meriah, menarik dengan buah-buahan atau sayuran-sayuran yang cukup terkenal di Sarawak ada dijual di sini.
"Ini sedikit-sebanyak mengubati kerinduan saya terhadap kampung halaman kerana buat masa sekarang untuk balik ke Sarawak masih perlu kuarantin 14 hari. Jadi tidak apa, kita berkorban sedikit," katanya yang merupakan seorang anggota tentera dan telah berkhidmat di Semenanjung selama enam tahun.
Sementara itu, Siti Azariah Nasir, 48, berasal dari Pahang berkata dia akan pergi ke pasar itu setiap bulan untuk mendapatkan makanan kegemarannya seperti sayur midin dan juga terung asam.
Pengalaman mengikut suami bertugas di Kuching, Sarawak selama tujuh tahun juga membuatkan suri rumah itu merindui makanan Bumi Kenyalang termasuk kuih-kuih tradisional seperti penyaram selain laksa Sarawak.
Siti Azariah yang fasih berbahasa Melayu Sarawak itu juga mengakui dia ternanti-nantikan musim buah kerana menggemari buah dabai, durian tempatan atau dikenali durian isu, serta buah tarap yang hanya boleh didapati di Sabah dan Sarawak.
Astro Awani
Sun Mar 28 2021
Pasar berkenaan bukan sahaja menarik perhatian pengunjung anak Sarawak dan Sabah tetapi juga penduduk tempatan.
AWANI Borneo [11/1/2025] – Sarawak, Jepun perkukuh kerjasama | Disyaki terlibat jenayah amla | Kemudahan kian usang
AWANI Borneo Sabtu, 11 Januari 2025 bersama Nickyson Nyambar
1. PM Jepun iktiraf peranan Sarawak dalam pengurusan iklim
2. Disyaki terlibat pengubahan wang haram, pegawai tertinggi syarikat penyiaran direman
3. Penduduk Pulau Sebatik rayu pembangunan sewajarnya
1. PM Jepun iktiraf peranan Sarawak dalam pengurusan iklim
2. Disyaki terlibat pengubahan wang haram, pegawai tertinggi syarikat penyiaran direman
3. Penduduk Pulau Sebatik rayu pembangunan sewajarnya
Kerajaan komited tingkatkan kmudahan di Pulau Sebatik
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy memaklumkan kerajaan telah memperuntukan dana khusus dalam Belanjawan 2025 untuk projek-projek pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar, termasuk di Pulau Sebatik.
Penduduk Pulau Sebatik rayu pembangunan sewajarnya
Penduduk Pulau Sebatik- Malaysia berharap kemudahan asas di pulau itu dibaik pulih, termasuk jeti yang usang selain jalan raya yang rosak dan bekalan air bersih dan elektrik yang sering berdepan masalah.
KPDN Semporna gagalkan cubaan seludup 3000 liter petrol bernilai RM53,369
Pihak penguatkuasa menemukan 120 tong jeriken yang penuh berisi 3000 liter minyak petrol dengan nilai keseluruhan RM53,369 disyaki untuk diseludup ke negara jiran.
Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian kes memberangsangkan tahun lepas
Badan kehakiman di Sabah dan Sarawak merekodkan pencapaian cemerlang pada 2024, dengan kedua-dua negeri menunjukkan kadar penyelesaian kes yang memberangsangkan pada semua peringkat mahkamah.
Sarawak teguh pertahan prinsip Federalisme & hak MA63
Sarawak akan sentiasa memperjuangkan hak dan autonominya demi kesejahteraan rakyat serta memastikan wilayah ini kekal sebagai sebahagian daripada tonggak kejayaan Persekutuan Malaysia.
PM Jepun iktiraf peranan Sarawak dalam pengurusan iklim
Kerajaan Malaysia dan Jepun sepakat bahawa sarawak boleh menjadi kawasan yang menyumbang kepada pengurusan perubahan iklim.
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula esok
Setelah hampir tujuh tahun semenjak dimansuhkan pada 2018, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 kembali semula tahun ini.
Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi
Ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.
Produk kraf Orang Asli Kelinsing diusahakan jadi cenderahati perwakilan ASEAN - Fahmi
Peluang untuk mempromosikan produk kraf dan makanan masyarakat Orang Asli Kelinsing perlu dimanfaatkan sepanjang tahun ini.
Pasar Borneo Seri Kembangan perkenal budaya, makanan tradisional Sarawak Sabah
Pasar Borneo di Seri Kembangan bukan sahaja menjual pelbagai produk Sarawak tetapi juga negeri jiran, Sabah.