JASIN: Sepasang suami isteri warga emas kerugian RM54,500 selepas wang simpanan mereka lesap dilarikan tiga lelaki dalam urusan pembelian batu delima yang didakwa boleh mengubati pelbagai penyakit, 5 Okt lepas.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani Hamdan berkata ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun itu memperdaya mangsa yang berusia 75 tahun dan 70-an kira-kira 11.50 pagi di Bandar Jasin.
"Ketika berada di tempat letak kenderaan, suami isteri itu didatangi suspek pertama yang berpura-pura mencari seorang individu untuk membeli buku agama dan pada masa sama, suspek kedua lalu di situ dan mangsa memintanya bertanya kepada lelaki tersebut.
"Suspek kedua memberitahu dia tidak mengenali penama itu dan berpura-pura bertanya tujuan suspek pertama mencarinya sebelum menjelaskan ada individu menyuruhnya mencari penama lelaki untuk menunjukkan batu delima," katanya dalam kenyataan semalam.
Mispani berkata lelaki itu mengeluarkan sebutir batu delima bersaiz batu cincin dari poket dan memberitahu batu merah yang dilihat pasangan itu tidak boleh dilihat di tempat umum lalu pasangan berkenaan mengajak kedua-dua suspek masuk ke dalam kereta mereka.
Beliau berkata suspek memasukkan batu tersebut ke dalam botol air mineral dan pasangan berkenaan melihat batu delima itu mengeluarkan cahaya selain suspek mendakwa air rendaman itu boleh mengubati segala jenis penyakit.
"Suspek mempelawa pasangan suami isteri itu minum air rendaman tersebut dan memberitahu batu merah yang didakwa batu delima itu bernilai tinggi di pasaran seterusnya menghubungi seorang rakannya (suspek ketiga) lalu bertemu di Hospital Jasin," katanya.
Mispani berkata selepas berbincang, suspek ketiga ingin membeli batu delima itu pada harga RM320,000 dan suspek kedua telah memberi cadangan hasil wang jualan itu akan dibahagikan sama rata antara dia dan pertama serta pasangan suami isteri itu.
"Suspek ketiga kemudian meminta pasangan itu mendahulukan wang selain berjanji akan memberikan RM320,000 selepas itu namun pasangan itu memberitahu buku akaun bank mereka berada di rumah.
"Suspek ketiga kemudian beredar dari kereta itu manakala pasangan tersebut mengambil duit simpanan RM4,500 dan buku akaun di rumah mereka di Felda Bukit Senggeh lalu dua suspek mengikuti mereka ke sebuah bank di Tangkak, Johor untuk pengeluaran wang sebanyak RM50,000," katanya.
Mispani berkata selepas pasangan itu menyerahkan wang RM50,000 dan suspek menyerahkan batu delima, suspek meminta pasangan itu menunaikan solat sunat di sebuah masjid di Tangkak bagaimanapun kedua-dua suspek melarikan diri ketika mangsa menunaikan solat sunat dan solat zuhur.
"Pasangan itu kemudian menyedari mereka ditipu selain mendapati batu delima yang diberikan itu sentiasa menyala walaupun tidak direndam di dalam air lalu membuangnya ke dalam sungai di Bandar Jasin kerana bimbang keselamatan mereka," katanya sambil menambah mangsa membuat laporan di Balai Polis Jasin pada hari sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Jasin dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Jemaah haji 65 tahun ke atas dan berisiko tinggi digalak ambil vaksin COVID-19
Jemaah disaran membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb atau laman web rasmi TH.

Lelaki warga emas terkunci dalam bilik air ditemui meninggal dunia
Pihak JBPM Perak menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.14 pagi.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

KPDN Pulau Pinang serbu stor haram seleweng LPG bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 334 tong gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah stor haram di Kampung Selamat, di sini hari ini.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Warga emas terpelanting tujuh meter disondol lembu
Beberapa penduduk yang cuba membantu mangsa terpaksa berundur kerana haiwan berkenaan masih dalam keadaan agresif.

Wanita warga emas disyaki curi wang majlis kahwin direman empat hari
Turut direman bersama suspek ialah seorang lelaki yang juga warga emas berusia 62 tahun dipercayai rakannya untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.