Polis menahan sepasang suami isteri dan adik perempuan lelaki terbabit bagi membantu siasatan kes seorang bomoh ditembak mati di sebuah pangsapuri di Seksyen 8, Kota Damansara Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata pasangan suami isteri itu ditahan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Ara Damansara, Petaling Jaya, kira-kira 6 petang Selasa lepas.

Beliau berkata suspek lelaki berumur 43 tahun yang berasal dari Alor Star merupakan bekas kapten kapal manakala isterinya yang berumur 41 tahun adalah seorang guru.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Mohd Adnan berkata adik perempuan lelaki terbabit yang berumur 31 tahun ditahan di rumahnya di Alor Setar kira-kira 7.30 pagi semalam.

"Polis turut merampas dua telefon bimbit, kad sim, satu jubah hitam dipercayai digunakan semasa kejadian serta sepasang selipar hitam di rumah pasangan suami isteri terbabit di Bandar Kinrara, Puchong.