KEPALA BATAS: Sepasang kekasih ditahan selepas enggan berhenti dan melarikan diri dalam aksi kejar mengejar dengan polis selama 45 minit berdekatan Taman Haji Abdullah, di sini semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, pasangan lelaki dan wanita masing-masing berusia 31 dan 33 tahun yang menaiki sebuah kereta Proton Wira dikatakan cuba melarikan diri selepas enggan berhenti sewaktu anggota polis yang membuat rondaan mengarahkan mereka berbuat demikian.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku selepas anggota polis yang melakukan rondaan terserempak dengan kereta berwarna hitam tersebut dalam keadaan mencurigakan di Permatang Tok Bidan.
Menurutnya, apabila diarahkan berhenti sebanyak dua kali, lelaki terbabit yang memandu bertindak agresif serta memecut kenderaan dan melanggar beberapa lampu isyarat.
Aksi kejar mengejar selama kira-kira 45 minit itu melalui beberapa tempat termasuklah Permatang Buluh, Permatang Sirih, Pajak Song, Jalan Perak, Jalan Maju, Kampung Paya dan Taman Haji Abdullah Fahim.
Bagaimanapun sebaik tiba di persimpangan Taman Haji Abdullah Fahim, kenderaan suspek berjaya dipintas polis.
"Dua buah kenderaan polis telah mengepung kenderaan suspek namun lelaki itu bertindak melanggar kedua-dua kereta tersebut sehingga mengalami kerosakan pada bahagian hadapan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah manakala pemandu lelaki tiada lesen.
Noorzainy berkata suspek melarikan diri dipercayai kerana membawa barang terlarang bagaimanapun pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
Sebelum ini tular sebuah video memaparkan aksi kejar-mengejar berkenaan tular di media sosial.
Insiden berkenaan menimbulkan perasaan panik dalam kalangan pengguna media sosial yang mendakwa kejadian itu seperti aksi lakonan dalam drama kepolisan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Jul 10 2021

Insiden berkenaan menimbulkan perasaan panik dalam kalangan pengguna media sosial yang mendakwa kejadian itu seperti aksi lakonan dalam drama kepolisan. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Anggota polis direman lima hari, minta RM1,000 daripada pasangan kekasih berdua-duaan dalam kereta
Dua anggota polis dan tiga sukarelawan polis direman lima hari kerana meminta suapan RM1,000 daripada sepasang kekasih yang sedang berdua-duaan di dalam kereta.

Wanita tembak teman lelaki kerana enggan berdebat
Polis ketika ini sedang mengesan wanita tersebut, namun mengalami kesukaran kerana suspek memiliki dua alamat di Shreveport.