BUKIT MERTAJAM: Sindiket penyeludupan dadah untuk pasaran Lembah Klang tumpas selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan pasangan kekasih dan merampas ganja seberat 300 kilogram (kg) bernilai RM750,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Impian, di sini, pada 16 Julai lepas.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, siasatan mendapati dadah berkenaan diseludup dari Thailand dibawa ke Perlis menggunakan jalan darat seterusnya transit di Pulau Pinang sebelum dihantar ke Lembah Klang untuk diedarkan.
Surina berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 41 tahun dan wanita Indonesia berusia 37 tahun itu ditahan dalam serbuan pukul 9 malam di sebuah rumah yang dijadikan transit untuk menyimpan semua ketulan mampat ganja terbabit .
Katanya, semasa serbuan, polis menemukan dadah berkenaan disorokkan dalam 12 kotak polisterin bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
“Dadah jenis ganja berjumlah 300 kg telah diseludup masuk ke Perlis melalui sempadan dan laluan sah dan telah dikenal pasti oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis, dadah ini telah diterima dan diletakkan di satu kawasan dan kita telah mengekori kenderaan yang telah membawa dadah tersebut sehingga ke Pulau Pinang.
“Jadi 300 kg dadah jenis ganja ini adalah untuk kegunaan seramai 600,000 penagih dadah dan pasaran dadah ganja ini adalah di Lembah Klang,” kata Surina dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, PDRM masih menjalankan siasatan lanjut tempoh sindiket berkenaan beroperasi dan mengenal pasti dalang terbabit.
Sementara itu, kata Surina, dedua-dua suspek yang menjalankan perniagaan tidak memiliki rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap pasangan terbabit mendapati mereka bebas daripada pengaruh dadah.
Selain itu, jelasnya, siasatan juga mendapati mereka tinggal bersama di rumah berkenaan dan wanita terbabit tidak memiliki sebarang dokumen yang sah untuk tinggal di negara ini.
Surina berkata, selain dadah, polis turut merampas sebuah motosikal bernilai RM2,800 daripada pasangan terbabit.
Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam perkembangan lain, Surina berkata, sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini, polis Perlis berjaya membuat 16 tangkapan dan merampas sebanyak 364 kg ganja yang diseludup masuk melalui sempadan negeri itu.
Katanya, pihaknya akan terus memastikan kegiatan penyeludupan dadah melalui sempadan disekat sepenuhnya dan sindiket pengedaran dadah dibawa ke muka pengadilan.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Jul 21 2022
Datuk Surina Saad (tiga dari kanan) menunjukkan ketulan mampat ganja yang dirampas daripada pasangan kepada wartawan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Pasangan kekasih ditahan bersama 300 kilogram ganja
Bekalan 300 kg ganja itu diseludup dari Thailand untuk diedarkan di Lembah Klang.