LAHAD DATU: Tujuh termasuk seorang wanita ditahan polis pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan yang berlaku di sebuah pasar malam di Jalan Mawar, di sini pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, tangkapan itu susulan sebuah video yang memaparkan pergaduhan sekumpulan individu di pasar itu yang tular di media sosial baru-baru ini.
Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bertindak melancarkan Op Cantas bagi mengesan individu yang terlibat dalam kejadian terbabit.
"Seramai enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 28 tahun ditahan selain polis turut merampas sebuah topi kaledar yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu.
"Hasil siasatan dijalankan mendapati motif kejadian ialah balas dendam berikutan perbalahan antara pasangan kekasih sehingga menyebabkan pergaduhan antara dua pihak di pasar malam berkenaan yang berlaku pada jam 9 malam Sabtu lalu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya lagi, kesemua individu berkenaan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula Isnin hingga Khamis bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata (topi kaledar) di tempat awam yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.
Rohan Shah dalam pada itu turut meminta orang ramai menghentikan segera sebarang spekulasi dan provokasi berhubung kejadian.
Sebelum itu, satu video berdurasi satu minit 44 saat tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu termasuk seorang wanita membelasah individu lain dalam kejadian itu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 11 2022

Tangkap layar sebuah video tular memaparkan pergaduhan sekumpulan individu di sebuah pasar malam di Lahad Datu pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Pasangan kekasih berbalah, tujuh individu ditahan polis
Tangkapan itu susulan sebuah video yang memaparkan pergaduhan sekumpulan individu di pasar itu yang tular di media sosial baru-baru ini.