PAS akan mengadakan mesyuarat pada Ahad antara lain membincangkan kedudukan individu yang mendakwa dirinya sebagai ahli parti dan menawarkan diri sebagai calon pilihan raya kecil Bukit Gelugor.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau tidak tahu apakah lelaki itu, Mohamed Nabi Bux seorang ahli parti seperti yang beliau dakwa.
"Kalau dia ahli parti, (kedudukannya) bergantung kepada keputusan mesyuarat esok kerana melanggar arahan parti," katanya selepas majlis pengumuman calon pilihan raya kecil Bukit Gelugor oleh DAP pada Sabtu.
Mohamed Nabi pada Jumaat lalu menawarkan diri sebagai calon dan memohon Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi restu.
Katanya, beliau mahu bertanding kerana berhasrat menjelaskan isu hudud dan bercita-cita hendak melihat hudud dilaksanakan di Pulau Pinang menjelang 2020.
"Satu undi untuk saya adalah undi untuk hudud," katanya.
Jelas Mohamad, PAS sudah memutuskan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu dan tidak merestui mana-mana ahli parti itu untuk bertanding.
"Calon PAS adalah daripada DAP... Calon PAS hanya bawa simbol roket," kata Timbalan Presiden parti itu yang sebelum ini turut dicadangkan oleh sesetengah pihak supaya dicalonkan bagi pilihan raya kecil ini.
DAP pada Sabtu menamakan Ramkarpal Singh bertanding di kerusi yang sebelum ini diwakili oleh mendiang bapanya, Karpal Singh.
Pilihan raya kecil itu diadakan selepas kematian Karpal yang maut dalam satu nahas jalan raya pada 17 April lalu.
Penamaan calon pilihan raya kecil ini ditetapkan pada 21 Mei manakala pengundian pada 25 Mei.
Astro Awani
Sat May 10 2014
![PAS bincang keahlian Mohamed Nabi hari ini PAS bincang keahlian Mohamed Nabi hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/51378536477_295x200.jpg)
MAT SABU: Saya tidak tahu apakah lelaki itu, Mohamed Nabi Bux, seorang ahli parti seperti yang beliau dakwa. -Gambar Fail
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
![PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624166308_PresidenKeadilanRa.jpg)
PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar
Anwar menyeru semua ahli supaya terus berpegang dan mempertahankan idealisme perjuangan parti, yang menolak sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan khianat.
![Polis siasat kes ADUN dituduh cabul ahli parti Polis siasat kes ADUN dituduh cabul ahli parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616479400_WomenSilhoutte.jpg)
Polis siasat kes ADUN dituduh cabul ahli parti
Suspek juga mengingatkan pengadu supaya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian itu.
![UMNO enggan sertai PN tidak jejas status quo kerajaan - Penganalisis UMNO enggan sertai PN tidak jejas status quo kerajaan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61568367090_Sivamurugan.jpg)
UMNO enggan sertai PN tidak jejas status quo kerajaan - Penganalisis
Ia tidak harus menimbulkan kekecohan kerana UMNO sememangnya tidak pernah menyertai PN sejak penubuhan kerajaan pimpinan Muhyiddin.
![Muktamad! Keahlian Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga lain terhenti serta merta - MPT Muktamad! Keahlian Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga lain terhenti serta merta - MPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81591329791_pemimpin.jpg)
Muktamad! Keahlian Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga lain terhenti serta merta - MPT
Perkara itu selaras dengan peruntukan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan Bersatu, dan tafsiran MPT berhubung terhentinya keahlian mereka adalah muktamad.
![Henti telagah, jangan takut hilang kuasa - PM Henti telagah, jangan takut hilang kuasa - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563550189_Tunm.jpg)
Henti telagah, jangan takut hilang kuasa - PM
Tegasnya yang juga merupakan Pengerusi PH, kekuatan kerajaan di bawah PH bergantung kepada perpaduan dan keutuhan ahlinya.
![Terserah ahli terima atau tidak - Ahmad Zahid Terserah ahli terima atau tidak - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51561895215_TBzahid.jpg)
Terserah ahli terima atau tidak - Ahmad Zahid
Menurutnya, keputusan yang dibuat untuk kembali daripada bercuti merupakan keputusan peribadi memandangkan pertuduhan mahkamah yang dikenakan ke atasnya bersifat peribadi.
![Bersatu utama anggota yang berkualiti - Rais Yatim Bersatu utama anggota yang berkualiti - Rais Yatim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61527588276_RaisYatim.jpg)
Bersatu utama anggota yang berkualiti - Rais Yatim
Keanggotaan berkualiti merujuk kepada anggota yang kenal dengan perlembagaan, budaya berparti dan kepentingan parti.
![Saya tak setuju desakan supaya Azmin letak jawatan - Anwar Saya tak setuju desakan supaya Azmin letak jawatan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51560876300_AnwarAzminFarshah.jpg)
Saya tak setuju desakan supaya Azmin letak jawatan - Anwar
Beliau juga menegaskan tidak sependapat dengan setiausaha politiknya itu berkenaan isu video lucah yang mengandungi aksi seks luar tabii, didakwa membabitkan Mohamed Azmin.
![Zahid wajar terus berehat demi untuk pulihkan UMNO - Penganalisis Zahid wajar terus berehat demi untuk pulihkan UMNO - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51558447474_TAWFIKYAAKUB.jpg)
Zahid wajar terus berehat demi untuk pulihkan UMNO - Penganalisis
Pada pendapatnya, jika Ahmad Zahid terus bercuti, atau meninggalkan parti, ia merupakan satu keputusan yang tepat untuk memulihkan UMNO bagi berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
![Tun Mahathir beri isyarat jelas tolak budaya UMNO dalam Bersatu Tun Mahathir beri isyarat jelas tolak budaya UMNO dalam Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61546092252_bersatu.jpg)
Tun Mahathir beri isyarat jelas tolak budaya UMNO dalam Bersatu
Katanya, walaupun berlapang dada dengan kemasukan mereka, Pengerusi Bersatu itu dilihat turut mengambil kira pengorbanan anggota parti sedia ada.