Parti Pas belum mengadakan perbincangan secara rasmi mengenai pembahagian kuasa dengan UMNO, di negeri-negeri yang dikuasainya setakat ini.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas ketika ini fokus untuk menyelesaikan pelantikan menteri, untuk mengganggotai Kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Tak ada perbincangan lagi setakat ini mengenai pembahagian kuasa dengan UMNO di peringkat negeri. Saya salah seorang ahli Lajnah Politik (Pas), tak ada, kita tak bincang apa lagi.
"Isu sekarang ini kita nak selesaikan pembentukan Kabinet, supaya pentadbiran boleh berjalan dengan baik terutama untuk menyelesaikan masalah ekonomi. Yang (pembahagian kuasa di) negeri itu peringkat lain," katanya.
PAS kini menguasai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Pondok Malaysia di Pondok Pasir Tumboh di sini, yang turut dihadiri Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ahli Jawatankuasa PAS, Mokhtar Senik hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, semua pihak perlu menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang memutuskan untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.
"Pelantikan itu dibuat menerusi undang-undang dan mengikut prosedur jadi sepatutnya semua pihak menghormati keputusan Seri Paduka.
"Seri Paduka ada budi bicara sendiri dan sudah tentu Seri Paduka telah mendapat nasihat daripada ahli-ahli perundangan sebelum membuat keputusan. Daripada apa yang kita faham semua itu telah mengikut prosedur jadi tak sepatutnya keputusan itu dipertikaikan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 07 2020
Menurut Mohd Amar, Pas ketika ini fokus untuk menyelesaikan pelantikan menteri, untuk mengganggotai Kabinet yang diketuai Perdana Menteri. - Gambar fail
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
[TERKINI] Pesta Demokrasi Indonesia: Pilkada Serentak Selepas Pemilu
Selepas Prabowo memenangi jawatan Presiden dalam Pemilu, rakyat Indonesia kini bersiap sedia untuk Pilkada serentak. Pada 27 November, 207 juta pengundi akan memilih Gabenor, Walikota, dan Bupati di 37 provinsi, 415 kabupaten, dan 93 kota. Saksikan perbincangan mengenai proses ini dan kepentingannya bagi masa depan Indonesia.
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.
Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.
Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih Presiden Prabowo Subianto.
108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.
Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
Dasar Tahun 3, Tahun 6 tiada peperiksaan dibawa ke Kabinet - Fadhlina
Memandangkan tujuan perkara itu adalah untuk menambah baik sistem pendidikan negara, KPM mungkin akan membawanya ke peringkat Jemaah Menteri.
63 kakitangan MAB Engineering Services berhenti - Anthony Loke
Hal itu berlaku berkemungkinan disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan oleh syarikat penyelanggaran atau syarikat penerbangan lain.
Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan
Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC untuk memantap dan selaraskan tindakan aspek siasatan dan pendakwaan berhubung jenayah dalam talian.
Kabinet baharu Mesir angkat sumpah
Abdel-Fattah menaikkan pangkat Abdel-Maguid Sakr kepada Leftenan Jeneral dan melantiknya sebagai Menteri Pertahanan dan Pengeluaran Tentera.