PAS akur dengan ketetapan kerajaan untuk tidak membenarkan mayat ketua pengganas komunis, Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata larangan itu telah pun diputuskan kerajaan dan sebarang pendapat PAS tidak akan mengubah keadaan.

Abdul Hadi bagaimanapun keberatan untuk mengulas lanjut ketika ditanya mengenai pandangan PAS berhubung isu itu.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatan kuasa PAS Pusat di ibu negara.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.