Seorang anggota polis berusia 24 tahun yang juga penganjur parti liar direman empat hari bersama 20 lagi individu termasuk enam wanita selepas didapati positif dadah jenis metamfetamin dan ketamin.
Perintah terbabit dikeluarkan Majistret Arif Mohamaf Shariff di Mahkamah Majistret Sungai Petani ke atas kesemua mereka bermula hari ini sehingga 31 Ogos depan bagi membantu siasatan.
Terdahulu, anggota Unit Rondaan Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda itu ditahan bersama 21 lelaki dan 10 wanita lain berusia 17 hingga 31 tahun ketika sedang mengadakan parti liar di sebuah rumah sekitar Bandar Mutiara, Sungai Petani.
Berdasarkan maklumat, anggota berkenaan dipercayai menyewa rumah berkenaan dengan harga RM190 bagi satu malam.
BACA: Anggota polis antara 32 yang ditahan dalam serbuan parti liar
Serbuan pihak polis dilaksanakan selepas menerima aduan daripada penduduk sekitar susulan bunyi bising dari rumah berkenaan.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 22 lelaki dan 10 wanita didalam rumah berkenaan dan kesemua mereka didapati telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Kesemua mereka kemudian mengaku bersalah dan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana menganjurkan parti tanpa kebenaran selain tidak mematuhi penjarakan fizikal.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, hasil ujian air kencing mendapati 15 lelaki termasuk seorang anggotanya serta 6 wanita positif dadah jenis metamfetamin dan juga ketamin.
Kesemua 21 individu berkenaan kemudian ditahan pihak polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Abd Hadi Che Awang
Fri Aug 28 2020
Serbuan pihak polis dilaksanakan selepas menerima aduan daripada penduduk sekitar susulan bunyi bising dari rumah berkenaan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Kazakhstan akan keluarkan laporan awal nahas penerbangan AZAL
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan merancang untuk mengeluarkan hasil awal siasatan terhadap nahas penerbangan Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau dalam beberapa hari lagi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Lima individu ditembak di sebuah sekolah di selatan Sweden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis pada Selasa.
Mesir hantar jentera berat ke Gaza bersihkan sisa runtuhan
Sebuah konvoi jentera berat dan jentolak yang membawa bendera Mesir bergerak dari Rafah, Mesir menuju ke Gaza pada Selasa dipercayai bagi memulakan proses pembersihan runtuhan.
Dengan gencatan senjata di Gaza, rakyat Palestin memohon bantuan kecemasan mencecah berbilion dolar selepas bandar mereka musnah akibat serangan udara Israel.
Dengan gencatan senjata di Gaza, rakyat Palestin memohon bantuan kecemasan mencecah berbilion dolar selepas bandar mereka musnah akibat serangan udara Israel.
Tebusan Hamas warga Thailand kembali ke pangkuan keluarga
Empat daripada lima tebusan Thailand yang dibebaskan selepas 15 bulan dalam tawanan di Gaza bertemu dengan ahli keluarga mereka pada Selasa di Pusat Perubatan Shamir, Israel.
Kesemua pekerja ladang itu dibebaskan pada Khamis sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga pertukaran tahanan bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Kesemua pekerja ladang itu dibebaskan pada Khamis sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga pertukaran tahanan bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech kini dalam proses penilaian semula dan ijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Hujah notis usul batal pertuduhan didengar 25 Februari ini
Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 25 Februari depan bagi mendengar hujahan notis usul ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin yang memohon pembatalan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak austistik itu.
Hakim Roszianayati Ahmad memutuskan perkara itu bagi meneliti hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.
Hakim Roszianayati Ahmad memutuskan perkara itu bagi meneliti hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.
Parti liar: Anggota polis bersama 20 lagi direman empat hari, positif dadah
Mahkamah Majistret Sungai Petani memerintahkan kesemua mereka direman bermula hari ini sehingga 31 Ogos depan bagi membantu siasatan.