KUALA LUMPUR: Sebanyak 9,323 aduan transaksi secara dalam talian membabitkan pelbagai kesalahan dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan 8,878 daripada aduan itu diselesaikan sementara 445 aduan lagi masih dalam siasatan.
Antara kesalahan yang paling banyak dilaporkan katanya, adalah tidak menerima barang atau perkhidmatan yang ditawarkan, iaitu 5,700 kes, diikuti barang atau perkhidmatan yang diterima tidak seperti ditawarkan (1,631 kes) dan harga barang atau perkhidmatan mengelirukan (315 kes).
"Sementara itu 142 aduan lagi membabitkan barang tiruan dalam talian, cetak rompak dalam talian (30 aduan), skim piramid dalam talian (16 aduan) dan lain-lain (1,489 aduan)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Robert Lawson Chuat (GBS-Bentong) berhubung tindakan KPDNHEP ke atas aduan transaksi atas talian di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Alexander yang juga Ahli Parlimen Kapit itu menegaskan kementeriannya memandang serius ke atas semua aduan transaksi atas talian yang dilaporkan.
Beliau memberi jaminan bahawa segala aduan pengguna akan diteliti bagi mengenal pasti sama ada berlaku kesalahan di bawah bidang kuasa yang dinyatakan dan pihak kementerian akan mengambil tindakan yang tegas terhadap peniaga atas talian yang melanggar perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan.
Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai cadangan untuk penggubalan undang-undang baharu atau membuat pindaaan kepada akta sedia, beliau memberitahu, KPDNHEP bersedia untuk meminda atau mengubal undang-undang baharu dalam terus membantu dalam membangunkan peruncitan secara dalam talian.
"Kita sentiasa melihat kepada ruang dan peluang yang ada untuk membuat penambahbaikan, akta-akta yang ada mungkin sudah tidak cukup untuk membangunkan sektor transaksi dalam talian.
"KPDNHEP akan melihat kepada bagaimana membuat pindaan atau menggubal akta bagi untuk membantu membangunkan peruncitan transaksi dalam talian ini," tambahnya.
Dalam pada itu menjawab soalan asal berhubung jumlah pendaftaran perniagaan atas talian dan insentif yang ditawarkan kepada perniagaan kecil, beliau memberitahu, berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebanyak 297,894 perniagaan dalam talian yang aktif direkodkan sehingga 31 Ogos 2021 adalah entiti yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Umavathi Ramayah
Mon Oct 04 2021

Alexander Nanta Linggi menegaskan kementeriannya memandang serius ke atas semua aduan transaksi atas talian yang dilaporkan. - Gambar fail/BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

JPJ perkenal JPJeBid Mobile secara rintis mulai esok
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan saluran tambahan bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan iaitu JPJeBid Mobile secara ujian rintis mulai esok.

Lapan individu didenda RM6,000 setiap seorang, tawar kerja tidak wujud
Lapan individu masing-masing didenda RM6,000 atas pertuduhan melakukan penipuan dalam menawarkan pekerjaan tidak wujud secara dalam talian, minggu lepas.

Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.

Pemilihan parti: PKR akan guna undi elektronik dengan elemen AI - Fuziah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan sistem pengundian elektronik dengan elemen kecerdasan buatan (AI).

Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi RM39,000
Polis menahan seorang lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berkaitan pinjaman tidak wujud secara dalam talian, melibatkan kerugian hingga RM39,000 kepada mangsa baru-baru ini.

Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.

Perak sasar RM991 juta kutipan hasil tanah tahun ini
Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menyasarkan kutipan hasil tanah berjumlah RM991 juta pada tahun ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah 2023 diagih kepada 50,054 penerima - MAIS
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah pada 2023 kepada 50,054 penerima yang layak sepanjang tahun lepas.

Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada 6,500 keluarga, 2,000 pelajar pada program Muhibbah Madani
Anwar hari ini menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas harian kepada 6,500 keluarga dan barangan persekolahan kepada 2,000 murid sekolah rendah dan menengah sempena program Muhibbah Madani.