KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools bagi memantau kandungan dalam talian yang dilihat oleh anak-anak.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Parental Control Tools itu membolehkan ibu bapa menapis, mengehadkan dan menyekat kandungan yang dilihat serta aktiviti anak-anak dalam talian, dan ibu bapa atau penjaga juga boleh menggunakan perkhidmatan perisian lain bagi tujuan sama.
Beliau berkata lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi berkenaan ialah CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia (TM) dan TIME.
"Kebanyakan penyedia platform media sosial juga mempunyai had umur pengguna akaun dengan hanya mereka yang berumur 13 tahun ke atas sahaja dibenarkan membuka akaun media sosial.
"Bagi memastikan syarat ini dipatuhi, ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab untuk memantau dan mengawasi aktiviti dalam talian anak-anak mereka. Ini kerana kanak-kanak masih boleh mendapat manfaat kandungan positif dengan melayari media sosial bersama-sama ibu bapa atau penjaga," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab pertanyaan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) yang tahu mengenai langkah-langkah yang diambil kementerian bagi memastikan anak-anak bawah 15 tahun diharamkan memiliki akaun sosial media, agar mereka tidak mengikuti trend yang tidak baik di platform berkenaan.
Fahmi berkata bagi menangani risiko dan ancaman dalam talian terhadap kanak-kanak sama ada disebabkan orang lain atau tingkah laku mereka sendiri, pelaksanaan program berbentuk pendidikan dan kesedaran tentang keselamatan internet terus ditingkatkan.
Beliau berkata usaha itu dilakukan menerusi inisiatif-inisiatif seperti Klik Dengan Bijak (KDB) dan Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) di sekolah-sekolah dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) di seluruh negara.
"Pelaksanaan inisiatif ini diperkasakan melalui jalinan kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam membangunkan modul pendidikan berkenaan perlindungan kanak-kanak dalam talian untuk ibu bapa, penjaga, dan kanak-kanak," katanya.
Menjawab soalan tambahan Kamal berkaitan keperluan agar aspek kewarganegaraan digital diterapkan dalam silibus kurikulum, Fahmi berkata ia memerlukan kerjasama rentas kementerian seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Digital dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
"Cadangan yang baik ini akan kita susuli, pada waktu ini ia akan bermula dengan perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan mengenai aspek keselamatan dalam talian, tetapi boleh dikembangkan dalam aspek yang disebutkan tadi (kewarganegaraan digital).
Kewarganegaraan digital merangkumi konsep yang dapat digunakan untuk memberikan pengetahuan mengenai penggunaan teknologi dunia maya dengan baik dan benar dengan mengetengahkan perilaku baik, penerapan nilai murni dan kebertanggungjawaban dalam penggunaan teknologi digital.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Parental Control Tools bantu ibu bapa pantau kandungan dalam talian- Fahmi
MCMC bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools.