PADANG BESAR: Paras ombak setinggi 3.1 meter sehingga mengakibatkan seluruh kawaaan Kuala Kedah ditenggelami air awal pagi tadi.
Gelombang air pasang besar itu turut mengakibatkan terminal feri, premis perniagaan, rumah penduduk serta jalan raya digenangi air setinggi 0.5 hingga 0.7 meter.
Tinjauan Astro AWANI bersama pegawai dan anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mendapati, paras air mulai naik pada jam 1.15 pagi dan berlarutan selama satu jam sebelum surut.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan Kota Marina di Kuala Kedah selain sekitar kawasan itu bermula jam 10 malam untuk memastikan orang awam tidak berada di persisir pantai dan tiada penduduk yang terperangkap dalam banjir hasil air pasang terbabit.
BACA: Mangsa banjir di Kedah kembali meningkat
Ketika rondaan dilakukan, bomba turut meminta beberapa kaki pancing supaya beredar dari kawasan pantai.
"Dipohon kerjasama tuan tuan jangan hampiri kawasan-kawasan yang telah ditenggelami air sila jaga keselamatan masing-masing," katanya.
Sebagai langkah keselamatan, lebih daripada 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan Jalan Raja ditugaskan untuk memantau keadaan di seluruh kawasan sekitar Kuala Kedah.
Namun beliau kesal kerana terdapat segelintir pihak yang menganggap ianya seperti satu pesta bermain air dengan keluar memenuhi jalan dan kawasan ditenggelami air.
"Sepatutnya kita kena pastikan bahawa orang awam tahu dengan keadaan semasa iaitu air pasang besar akan meningkat kepada 3.1 meter.
"Masalah sekarang ini kita rasa mungkin perkara ini tidak sampai kepada orang awam kerana orang awam masih lagi seperti berpesta dengan keadaan air semakin merbahaya.
"Saya harapkan dengan maklumat yang diberikan ini, orang awam boleh ambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada untuk pastikan keselamatan dan harta benda dan juga nyawa di kawasan sekitar yang terjejas," katanya.
Katanya, sepanjang pemantauan tiada insiden melibatkan kehilangan nyawa ataupun mereka yang terperangkap dalam air pasang terbabit.
Jelasnya pemantauan akan diteruskan sehingga fenomena air pasang tamat pada 7 November ini.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Nov 05 2021
Terminal feri, premis perniagaan, rumah penduduk serta jalan raya digenangi air setinggi 0.5 hingga 0.7 meter. - Astro AWANI
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
SPRM siasat dakwaan penipuan hak milik tanah di Kuala Kedah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penipuan hak milik tanah di Kuala Kedah, seperti yang tular di TikTok baru-baru ini.
Feri Kuala Kedah-Langkawi beroperasi semula esok
Konsortium feri merancang untuk melaksanakan sembilan perjalanan keluar dan masuk ke Langkawi dari Terminal Penumpang Kuala Kedah.
Operasi feri di terminal penumpang Kuala Kedah ditutup hingga Sabtu ini
Operasi feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara hingga Sabtu ini berikutan amaran angin kencang dan laut bergelora.
10 perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi dibatalkan
10 perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan angin kencang dan ombak besar hari ini.
Feri bawa lebih 500 penumpang selamat bergerak ke Langkawi malam ini
Sebuah feri dari Kuala Perlis ke Langkawi bagi perjalanan 2.30 petang yang membawa 567 penumpang terkandas di beting pasir petang tadi telah selamat bergerak ke Langkawi malam ini.
Dua lelaki direman bantu siasatan cubaan samun, bunuh di Kuala Kedah
Penahanan suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
Ulat hitam 'serang' Kampung Tebengau Tepi Laut
Kemunculan ribuan ulat berwarna hitam kembali menghantui penduduk Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah.
'Tradisi' candat sotong di Kedah dengan keistimewaan tersendiri
Candat sotong di pantai barat pada kedalaman lima hingga lapan meter, di pantai timur pula pada kedalaman lebih 10 meter.
19 nelayan ditahan di perairan Kuala Kedah kerana dadah
Operasi terarah kepada nelayan di tengah laut kerana telah dijangka mereka tidak dapat melarikan diri.
Banjir Kuala Kedah: Air laut pasang melimpah di darat
Air laut naik awal setengah jam berbanding jam 12.30 malam pada Khamis.