MERSING: Pantai Air Papan yang terletak kira-kira lapan kilometer dari bandar Mersing kembali meriah dengan kehadiran pengunjung beriadah, selepas sekian lama sepi akibat pandemik COVID-19.
Selain seronok dapat mandi-manda di pantai, orang ramai juga dilihat tidak melepaskan peluang membeli buah tangan untuk dibawa pulang, sekali gus memberi manfaat kepada peniaga di sekitar pantai berkenaan.
Salah seorang pengunjung Rosazizad Idris, 54, berkata dia dan keluarganya memilih bercuti di pantai itu kerana lokasinya yang dekat dengan pelbagai kemudahan termasuk chalet, gerai makan dan tempat menjual cenderamata.
"Saya mencadangkan agar diletakkan pondok PBT (pihak berkuasa tempatan) di pintu masuk pantai yang menyediakan kemudahan imbasan suhu dan pendaftaran MySejahtera, untuk tujuan pemantauan sekali gus mengelak penularan COVID-19," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Rosazizad yang tinggal di Segamat berkata ini juga bagi memastikan keadaan di kawasan pantai itu lebih terkawal, selain inisiatif daripada pengunjung sendiri untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, seperti pemakaian pelitup muka dan penjagaan jarak.
Seorang lagi pengunjung Nur Shahida Syahira Muhd Syahril, 17, dari Simpang Renggam berkata pantai Air Papan sering menjadi pilihannya sekeluarga ketika bercuti, kerana kawasannya redup dan berpokok selain jarak yang tidak terlalu jauh, kira-kira sejam setengah perjalanan dari rumahnya.
Anak sulung daripada lima beradik itu berkata mereka menyewa di chalet berhampiran dan melakukan pelbagai aktiviti seperti BBQ, memancing serta mandi-manda di pantai, di samping membeli ole-ole wajib iaitu keropok lekor.
"Dah lebih setahun tak datang sini, rasa teruja dan gembira sangat setelah beberapa bulan 'terkurung'. Kunjungan ke pantai ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan PdPR (pengajaran dan pembelajaran di rumah) dengan menghirup udara segar," katanya yang sudah menerima satu dos vaksin COVID-19.
Dia berkata mereka sekeluarga mengamalkan SOP yang ketat dengan memakai pelitup muka apabila keluar dan hanya berkumpul bersama keluarga serta mengelak tempat tumpuan ramai.
Sementara itu, seorang peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Siti, 44, berkata dia kini mampu menarik nafas lega apabila perniagaan kembali rancak selepas Johor beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula 24 Sept lepas.
"Alhamdulillah, rasa lega sedikit apabila dah masuk Fasa Dua memandangkan mereka yang lengkap vaksinasi boleh rentas daerah, walaupun keadaan tak macam dulu sekurang-kurangnya ada juga hasil (pendapatan).
"Kita berharap keadaan akan bertambah baik apabila rentas negeri dibenarkan tak lama lagi dan ekonomi kembali pulih," katanya yang sudah tiga tahun berniaga di pantai itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 10 2021

Selain seronok dapat mandi-manda di pantai, orang ramai juga dilihat tidak melepaskan peluang membeli buah tangan untuk dibawa pulang. - Foto BERNAMA

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.

APM minta orang ramai patuh amaran bendera merah di Pantai Air Papan
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran Pantai Air Papan di Mersing.

Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Perkhemahan, parkir kenderaan di Pantai Air Papan akan dikena bayaran mulai 1 Julai
Majlis Daerah Mersing (MDM) akan mengenakan bayaran bagi aktiviti perkhemahan dan meletak kenderaan di Pantai Air Papan di sini berkuat kuasa pada 1 Julai ini.

Pantai Air Papan di Mersing kembali meriah dengan pengunjung
Selain seronok dapat mandi-manda di pantai, orang ramai juga dilihat tidak melepaskan peluang membeli buah tangan untuk dibawa pulang.