Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Malaysia untuk terus pandang ke hadapan, melangkaui tahun 2030 menerusi perpaduan kepelbagaian masyarakat.
Berucap pada Amanat Hari Kebangsaan 2016, Datuk Seri Najib berkata detik-detik kebersatuan yang ditonjolkan rakyat Malaysia terutama menerusi sukan dan sosiobudaya perlu diteruskan.
"Menjengah ke hadapan pula, kita tidak tiba di titik kemerdekaan enam dekad ini untuk gagal. Malah, kita berhasrat untuk melihat Malaysia terus melangkah jauh sebagai sebuah negara bangsa yang unggul dan dapat dipermegahkan di persada global, bukan setakat ini sahaja, malah menjangkaui 2030."
"Menyentuh soal ini, jika ingin melihat Malaysia kekal merdeka, berdaulat, damai dan tersanjung oleh seantero dunia sebagai Bintang Timur yang berkerlipan cahayanya, Moments of Unity atau Detik-Detik Kebersatuan, perlu dicambah serta disemarakkan," katanya dihadapan kira-kira 3,000 hadirin di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini pada malam sambutan 31 Ogos.
Beliau antara lain memberi contoh kebersatuan rakyat Malaysia berbilang kaum terserlah tatkala memberi sokongan kepada atlet Malaysia pada temasya sukan terbesar dunia baru-baru ini di Brazil, Olimpik.
Beliau berkata sewaktu perlawanan akhir perseorangan lelaki acara badminton antara jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dengan pemain China Cheng Long, majoriti penyokong pemain negara terdiri daripada orang Melayu yang bersorak sorai penuh semangat tanda sokongan kepada Raja Badminton Malaysia itu.
"Saya dan isteri turut sama turun padang ke Dataran Putrajaya, untuk menyaksikan saat-saat yang mendebarkan tersebut. Inilah antara satu contoh, Moments of Unity, atau Detik-Detik Kebersatuan berasaskan sukan.
"Bersempena itu, marilah kita beri tepukan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei, yang datang pada malam ini. Beliau, buat kali ketiganya menghadiahkan Malaysia pingat perak pada kejohanan Olimpik 2016. Syabas, syabas Datuk Lee Chong Wei!," katanya.
Dalam ucapannya selama 44 minit itu, Najib berkata di sebalik kisah kejayaan jaguh badminton negara itu, Lee tidak pernah lupa akan budi dan jasa juga bimbingan mentor, merangkap bekas jurulatihnya, yang telah mengasuh dan mendorong kejayaannya iaitu Datuk Misbun Sidek.
"Inilah dia indah dan ajaibnya Malaysia. Semangat kebersatuan dan keeratan, merentasi sempadan kaum, saling bantu membantu, saling harga menghargai.
"Bukan atas nama Orang Melayu, Orang Cina, Orang India, Orang Iban, Kadazan, Murut, Dusun, Orang Asli, penduduk keturunan Siam, ataupun yang lain-lain, namun lebih mulia dan penting dari itu... semua berpadu atas nama Bangsa Malaysia!" katanya.
Penghargaan
Dalam ucapannya itu, Najib turut meminta hadirin supaya memberikan tepukan kepada atlet-atlet yang memenangi pingat pada Sukan Olimpik iaitu pemenang pingat perak acara beregu lelaki badminton Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, dua ratu terjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang turut merangkul perak dan jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang yang memenangi pingat gangsa dalam acara keirin.
Perdana Menteri turut mengambil beberapa contoh lagi berkenaan Detik Kebersatuan seperti Restoran Nasi Kandar paling terkenal di Ipoh yang popular dengan gelaran Vanggey dengan penjual nasi milik India Muslim beroperasi di restoran milik orang Cina dan pelanggan daripada pelbagai kaum.
Kartunis Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohammad Nor Khalid pula banyak menonjolkan watak pelbagai kaum dalam karyanya, secara langsung menggambarkan detik kebersatuan manakala filem Ola Bola turut membangkitkan semangat kebersatuan rakyat Malaysia melalui semangat pemain negara pelbagai kaum bersatu untuk mengharumkan nama negara di arena bola sepak, katanya.
Beliau berkata banyak lagi faktor yang boleh menjadi pemangkin kepada Detik-Detik Kebersatuan, dan tidak terhenti pada contoh-contoh dalam bidang sukan dan sosio-budaya sahaja.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Aug 30 2016
Perdana Menteri berkata, Detik-Detik Kebersatuan perlu dicambah serta disemarakkan.
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Pandang ke hadapan menerusi perpaduan kepelbagaian masyarakat - PM Najib
Perdana Menteri berkata detik-detik kebersatuan yang ditonjolkan rakyat Malaysia terutama menerusi sukan dan sosiobudaya perlu diteruskan.