SANDAKAN: Baki 19 daripada 35 Pakej Kerja (WP) dalam fasa pertama projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan dilaksanakan menggunakan peruntukan kerajaan Persekutuan, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini.
Beliau berkata pihaknya tidak akan melaksanakan projek itu menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) seperti yang dicadangkan oleh kerajaan negeri bagi mempercepatkan projek itu.
"Tiada lagi (keperluan PFI). Sekarang ini sedang dimuktamadkan melalui Kementerian Kewangan berkenaan kaedah pelaksanaan dan perolehan. Anggaran bila mula (dilaksanakan), sekarang ini tengah dimuktamadkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau meninjau WP 27, yang melibatkan kerja menaik taraf jalan dari Kampung Lot M ke Batu 32 Sandakan sepanjang 18.1km, di sini sempena Jelajah FTRoadpedia Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini.
Fadillah memaklumkan keseluruhan Fasa 1 projek itu di Sabah dijangka disiapkan dalam tempoh lima tahun akan datang.
FADILLAH-PAN BORNEO 2 (AKHIR) SANDAKAN
Mengenai penyenggaraan jalan rosak di Sabah, beliau berkata KKR akan sentiasa berusaha memastikan infrastruktur awam, khususnya jalan raya rosak dibaik pulih demi kesejahteraan rakyat.
Menurutnya, terdapat sebanyak 47,223 lubang telah ditampal di Sabah, khususnya di jalan Persekutuan, sejak 2019 hingga bulan lepas (April).
Katanya jumlah tampalan lubang tersebut menunjukkan trend peningkatan sebanyak 18 peratus setiap tahun, sekali gus menunjukkan jangka hayat jalan sedia ada memerlukan peruntukan penyenggaraan lebih besar.
"Terdapat juga jalan di Sabah yang telah tamat tempoh hayatnya dan perlu penurapan semula," katanya.
Program jelajah itu bermula hari ini hingga 29 Mei bagi meninjau status projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan isu penyenggaraan jalan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Fadillah (tengah) diberikan taklimat mengenai pembinaan lebuhraya Pan Borneo oleh Penolong Pengarah Cawangan Pembinaan dan Pemantauan Sektor Projek Lebuhraya Pan Borneo Jabatan Kerja Raya Sabah Vitus Dee Aegidiu di Sandakan.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Tukar kaedah pelaksanaan punca kelewatan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah
Pertukaran kaedah pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah daripada Rakan Penyampai Projek (PDP) kepada cara konvensional pada 2019 merupakan punca utama kelewatan projek itu.
Pan Borneo Sabah: Baki 19 pakej kerja Fasa Satu dilaksana guna peruntukan kerajaan
Baki 19 daripada 35 Pakej Kerja (WP) dalam fasa pertama projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan dilaksanakan menggunakan peruntukan kerajaan Persekutuan.
Najib saksi perjanjian bina Pan Borneo Sabah
Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan merubah landskap infrastruktur dan menghubung bandar-bandar utama di Sabah dengan lebih efisien, selesa dan selamat buat 3.74 juta penduduk di negeri itu.