SINGAPURA:Pampasan penamatan kepada Singapura untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura akan merangkumi pelbagai kos menarik diri, tetapi bukan kos pembelian tanah berikutan nilai tanah itu boleh diperoleh semula.
Menteri Pengangkutan republik itu Ong Ye Kung berkata demikian dalam Parlimen hari ini, menjawab satu daripada soalan berkaitan HSR.
Beliau berkata Singapura telah membelanjakan lebih S$270 juta ke atas projek tersebut.
"Sebahagian daripada kos ini, seperti untuk perkhidmatan rundingan, reka bentuk infrastruktur dan tenaga kerja untuk melaksanakan projek itu, adalah kos menarik diri jika projek tersebut tidak diteruskan," katanya.
Ong ditanya mengenai jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Singapura setakat ini untuk projek tersebut dan apakah syarat-syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Dua Hala HSR berkaitan tuntutan pampasan selepas penamatan perjanjian itu oleh salah satu pihak.
Pada 1 Jan, Perdana Menteri Malaysia dan Singapura mengeluarkan kenyataan bersama mengenai berakhirnya Perjanjian Dua Hala HSR.
Berdasarkan Perjanjian Dua Hala dan syarat-syarat yang telah dipersetujui sebelum ini, Malaysia berkata ia akan memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian tersebut.
Menurut Ong, jumlah pampasan untuk penamatan dan jadual pembayaran telah dinyatakan dalam perjanjian itu.
"Selain itu, terdapat komponen kecil daripada kos menarik diri yang pelbagai untuk penangguhan projek yang diminta oleh Malaysia dan sedang disahkan oleh Singapura, sebelum kami mengemukakan kepada Malaysia," katanya.
BACA: HSR terbatal: Singapura tidak dapat terima keengganan Malaysia kekalkan AssetsCo - Menteri
BACA: Jumlah pampasan bagi pembatalan projek HSR tidak boleh didedahkan - Mustapa
Awal hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pampasan tersebut bukan bersifat punitif, tetapi untuk membayar semula kos tertentu projek yang telah dibelanjakan oleh Singapura.
"Pihak kita sedang menunggu butiran kos tersebut daripada Singapura, dan sebaik sahaja diterima, ia akan diteliti sebelum disahkan. Jenis-jenis tuntutan yang dibenarkan telahpun dipersetujui bersama," katanya.
Ong juga berkata berdasarkan tanggungjawab kerahsiaan di bawah Perjanjian Dua Hala HSR, Singapura tidak dapat mendedahkan syarat yang tepat berkaitan pampasan untuk penamatan projek HSR.
Setakat ini, katanya Singapura telah menerima kira-kira S$15 juta daripada Malaysia, berikutan permintaan Malaysia untuk menangguhkan pembinaan projek HSR pada 2018, hingga Mei 2020.
Bagi pertanyaan lain sama ada Singapura akan mempertimbangkan projek seperti HSR dengan Malaysia, Ong menjawab, "sama ada kami terbuka untuk perbincangan pada masa depan, ia sudah tentu, tetapi ia perlu dengan lembaran baharu selepas kami menyelesaikan Perjanjian Dua Hala HSR ini."
Mengenai sama ada pembatalan HSR akan memberi sebarang impak kepada Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru (JB)-Singapura, Ong berkata,"jawapan pendek untuk pertanyaan itu adalah tidak."
"RTS berjalan dengan lancar setakat ini. JB telah mengadakan pecah tanah...pihak kami akan mengadakan pecah tanah tidak lama lagi. Kami berharap projek dan perkhidmatan itu dapat beroperasi pada 2026 seperti yang dijadualkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021

Singapura telah membelanjakan lebih S$270 juta ke atas projek tersebut. - Gambar fail/myhsr.com.my

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kementerian Luar dan UNAM bekerjasama untuk tingkatkan program kesedaran PBB di Malaysia
Kedua-dua pihak membincangkan cara memperkukuh kerjasama dalam melaksanakan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai PBB.

"Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding
Mustapa mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk 'pencen' daripada politik.

Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.

Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).

2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.

Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.

Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.

Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.

Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.

Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.