KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menghantar tentera pengaman ke Palestin selagi tidak mendapat mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dewan Negara diberitahu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebagai negara di bawah Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) serta anggota PBB, Malaysia mengambil pendirian tunggu dan lihat keputusan badan dunia itu selain pada masa sama, mengelak daripada bertindak secara bersendirian.
"Ramai yang WhatsApp, tulis dalam media sosial bertanya mengapa kita tidak menghantar tentera ke Palestin. Ini perlu saya jelaskan... kita tidak boleh sewenang-wenangnya hantar tentera atau askar kita keluar melepasi sempadan negara begitu sahaja.
"Jika kita bawa tentera kita keluar dari sempadan negara menuju ke satu-satu negara, itu sudah menjadi pengisytiharan perang negara kita ke atas negara tersebut, kita tidak dalam keadaan begitu," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 Peringkat Kementerian Pertahanan di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia merupakan antara pasukan keselamatan yang diperakui peranannya di peringkat antarabangsa oleh PBB sejak negara mula aktif dalam misi pengaman di Republik Demokratik Congo, Timor Leste dan terkini Batalion Malaysia (Malbatt) ke Lubnan.
Mohamad berkata keputusan menghantar keluar pasukan tentera tidak terletak di tangan Kementerian Pertahanan sebaliknya ia satu dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Luar.
Beliau yakin Malaysia akan menjadi antara negara yang diminta oleh PBB untuk bersama dalam misi pengaman di Palestin jika badan dunia itu, Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam mendapat mandat daripada Majlis Keselamatan PBB berhubung keperluan tentera pengaman di kawasan bergolak.
"Di atas mandat itu, dan kerajaan juga membuat keputusan menjadi pasukan pengaman, saya dan kementerian tidak keberatan menghantar tentera kita untuk bersama-sama dalam misi tersebut," katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menghadiri Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Kebajikan kanak-kanak tidak akan terabai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 19 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 19 Oktober 2024
1️⃣ Kebajikan kanak-kanak tidak akan terabai
2️⃣ Kestabilan, tadbir urus baik pacu ekonomi
3️⃣ Langkah tangani isu manipulasi perniagaan, barang kawalan
#awaniringkas
1️⃣ Kebajikan kanak-kanak tidak akan terabai
2️⃣ Kestabilan, tadbir urus baik pacu ekonomi
3️⃣ Langkah tangani isu manipulasi perniagaan, barang kawalan
#awaniringkas
PM Anwar tiba di Jakarta untuk majlis pelantikan Presiden
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri selamat mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur pada 6 petang waktu tempatan.
Perkhidmatan internet terputus sepenuhnya di utara Semenanjung Gaza
Gangguan itu melibatkan kebanyakan kawasan di utara Gaza yang didahului dengan gangguan berperingkat sebelum terputus sepenuhnya.
Asap tebal selubungi New Delhi
Asap tebal dilaporkan menyelubungi ruangan udara bandar New Delhi yang mana kualiti udara menjunam ke tahap berbahaya pada Sabtu.
SPR lancar siasatan salah laku parti pemerintah, Phue Thai
Memetik laporan Bangkok Post, sehubungan itu, suruhanjaya itu telah memutuskan untuk melancarkan siasatan rasmi terhadap tuduhan salah laku berkenaan.
Operasi SAR diteruskan, kadar penglihatan rendah
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Pengusaha sambut baik keputusan gaji minimum
Rata-rata peniaga menyambut baik pengumuman keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Feb 2025.
[TERKINI] Mangsa mungkin dihanyutkan ke muara Sungai Sarawak
Lima mangsa yang hilang dalam tragedi perahu lumba karam di Sungai Sarawak mungkin dihanyutkan arus hingga ke muara sungai.
AWANI Borneo [19/10/2024] – Pendapatan negeri | Lan Berambeh | Detik sukar buat keluarga
Tumpuan AWANI Borneo 19 Oktober 2024 bersama Assim Hassan
- Sabah tawar peluang pelaburan dalam ekonomi biru
- Sarawak mahu jadi pembekal elektrik utama ASEAN
- Tragedi Regatta, salah seorang mangsa baru sahaja bertunang Sabtu lalu
#AWANInews
- Sabah tawar peluang pelaburan dalam ekonomi biru
- Sarawak mahu jadi pembekal elektrik utama ASEAN
- Tragedi Regatta, salah seorang mangsa baru sahaja bertunang Sabtu lalu
#AWANInews
Malaysia dan Jordan bincang bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
WHO dakwa Israel halang pakar perubatan memasuki Gaza
WHO dakwa Israel halang pakar perubatan memasuki Gaza
Keganasan di Gaza tingkat tahap kebuluran - Laporan
Operasi ketenteraan Israel yang sengit menambah kebimbangan dan menghalang akses kemanusiaan.
Angka korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 42,438, lebih 99,246 cedera
Sebahagian besar mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Israel gunakan Doktrin Dahiya, gempur Lubnan - Bekas Duta Besar ke Lubnan
Israel menggunakan Doktrin Dahiya dalam operasi ketenteraannya ke atas Lubnan dengan menyasarkan infrastruktur dan lokasi tumpuan awam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Puluhan Ahli Parlimen desak kerajaan UK hentikan semua eksport ketenteraan ke Israel
Dalam usul awal, Ahli Parlimen itu berkata penerimaan resolusi PBB itu mengenakan kewajipan baharu kepada kerajaan.
Israel 'tutup' Gaza Utara, usir penduduk secara besar-besaran - PBB
Sekatan jalan yang dilakukan oleh Israel secara efektif menutup Gaza Utara, dan tentera Israel dilaporkan telah menembak ke arah penduduk awam yang cuba melarikan diri.
ICRC seru salur bantuan kemanusiaan ke Gaza
Lebih 400,000 orang masih terperangkap di utara Gaza untuk hari ke-10 ketika tentera Israel meneruskan pencerobohan darat ke atas kem Jabalia dan Beit Lahia.
Sekurang-kurangnya 42,344 rakyat Palestin terbunuh dalam perang Israel di Gaza
Angka sebenar kematian dianggarkan jauh lebih tinggi, dengan ribuan mayat tertimbus dalam kemusnahan besar akibat serangan Israel.