SEPANG: Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diberikan lesen oleh Lembaga Tabung Haji (TH).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata perkara itu disambut baik oleh 23 PJH, malah ada yang menawarkan pakej pada harga antara RM43,000 dan RM45,000.
"Alhamdulillah dengan tawaran kurang daripada RM50,000 ini kita harap akan lebih ramai (jemaah haji) mengambil tawaran yang disediakan, insya-Allah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran Karnival PJH 1444H/2023M bertema 'Pilih Keselesaan, Pilih Pakej Haji' yang julung kali dianjurkan TH dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA Malaysia) di sini hari ini.
Turut dilancarkan Direktori PJH sebagai rujukan untuk bakal jemaah haji.
Mohd Na'im berkata 23 PJH yang diberi lesen oleh TH memiliki kapasiti teguh, kepakaran dan pengalaman serta berwibawa dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan bertanggungjawab menjaga kebajikan jemaah haji yang pergi sama ada secara muassasah atau pakej.
"Sejak beberapa tahun ini, banyak berita berkaitan penipuan pakej haji dan umrah dilaporkan pihak media. Kerajaan memandang serius dan bertekad menangani penipuan membabitkan jemaah yang ingin menunaikan ibadat haji ini," katanya.
Beliau berkata TH bekerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta syarikat berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menangani masalah berkenaan.
Mohd Na'im juga menegaskan TH tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen dalam hal berkait tawaran dan pakej haji, justeru individu atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan TH boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995.
Sementara itu, menurutnya seramai 31,600 jemaah haji ditawarkan TH untuk menunaikan ibadat haji tahun ini dan kerajaan sedang menunggu jawapan daripada Arab Saudi berhubung tambahan 350 jemaah.
"Kerajaan telah mengemukakan rayuan dan tahun ini kita dapat 31,600. Kita ada asas yang kita telah sebut pada kerajaan Arab Saudi kenapa kita nak naikkan 350 lagi supaya jumlahnya menjadi 31,950," katanya.
Menurutnya antara alasan yang dikemukan ialah penduduk Malaysia telah bertambah iaitu sekarang berjumlah 31.95 juta, sehubungan itu diharapkan kerajaan Arab Saudi akan mempertimbangkan perkara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2023
![Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 - Menteri Agama Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 - Menteri Agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679728784_TBNAIMMOKHTAR.jpg)
Mohd Na'im (tengah) beramah mesra bersama pempamer ketika melawat ruang pameran pada Majlis Pelancaran Karnival Pengelola Jemaah Haji 1444H/2023M di Pusat Konvensyen Hotel Movenpick (MHCC) hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 - Menteri Agama Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 - Menteri Agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679728784_TBNAIMMOKHTAR.jpg)
Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 - Menteri Agama
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).