Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) Tambahan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memberi sedikit keupayaan untuk bertahan.
Walaupun tambahan dana RM10 bilion itu mungkin boleh mengelakkan pengangguran, namun menurut Peguambela dan peguamcara, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, bidang perkhidmatan dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang sama harus diberi perhatian juga.
“Tidak semua sektor PKS mampu menarik nafas lega jika hanya fokus kepada perniagaan jualan sahaja.
“Bidang perkhidmatan dalam sektor PKS yang sama seperti firma-firma guaman, seni bina (arkitek) firma-firma audit dan seumpamanya harus diberi perhatian juga.
“Bidang-bidang ini memainkan peranan penting kerana turut menyumbang pada pertumbuhan eknomi negara. Maka bantuan Tambahan yang dimaksudkan ini perlulah fleksibel terhadap seluruh sektor PKS yang terkait,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
BACA: PRIHATIN TAMBAHAN: Geran Khas PRIHATIN RM2.1 bilion bantu perusahaan PKS mikro
BACA: Pakej PRIHATIN Tambahan: Kerajaan umum tambahan RM10 bilion untuk PKS, perusahaan mikro
BACA: 'Tanpa pinjaman Lee Beauty Saloon, Mi Kolok Hj Salleh, Syarikat Surjit Kaur hanya mampu bertahan sebulan'
Irmohizam menyarankan kerajaan agar memberi kelonggaran kepada PKS yang berdaftar dengan badan profesional kerana terdapat firma profesional di bawah kluster PKS yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Katanya, syarat tersebut harus dilonggarkan agar bidang perkhidmatan yang penting itu dapat dikekalkan.
“Kerajaan juga disarankan dapat memberi kelonggaran syarat-syarat pinjaman mahupun bantuan kepada para graduan serta golongan baru berjinak-jinak untuk mencipta perniagaan konsep baharu (gig economy) agar dapat membuka serta mencipta ruang ekonomi dan mencipta pasaran kerja baru.
“Tahap kebergantungan kepada kerajaan perlu diminimakan, maka perlu ada usaha dan idea serta kreativiti yang baik bagi mengharungi cabaran ekonomi impak wabak pandemik seperti ini dalam memastikan penerusan survival usahawan-usahawan baru di Malaysia,” ujarnya.
Sementara itu, beliau mencadangkan supaya terdapat garis panduan asas dalam terma khas dalam perjanjian antara majikan dan pekerja.
Ujarnya, kesaksamaan dalam mengimbangi keperluan antara majikan dan pekerja tidak mustahil untuk dicapai biarpun ia agak sukar.
“Mungkin unjuran moratorium boleh dipanjangkan selama enam bulan bagi caruman majikan bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO agar beban tersebut dapat diringankan dengan memberi jaminan tiada pekerja dapat diberhentikan.
“Tidak wajar jika majikan terbeban dan tidak berupaya mematuhi caruman sehingga terpaksa memberhentikan pekerja. Maka perkara ini harus dituntut bagi menjamin terhadap semua pihak,” katanya.
Isabelle Leong
Tue Apr 07 2020

DR IRMOHIZAM: Bidang perkhidmatan dalam sektor PKS yang sama seperti firma-firma guaman, seni bina (arkitek) firma-firma audit dan seumpamanya harus diberi perhatian juga.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Irmohizam dilantik Ahli Lembaga Pengarah WTCA
Irmohizam yang merupakan Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association.

Peranan belia penting untuk realisasi SDG di Malaysia
Belia juga harus diperkasakan agar berkeupayaan mengetengahkan isu-isu penting nasional dan antarabangsa ke seluruh negara.

WTC terokai sistem hibrid dalam pelan perniagaan - Irmohizam
WTC Kuala Lumpur menerokai sistem hibrid dalam pelan perniagaan, dengan mengabungkan elemen dalam talian dan konvensional.

Pakej PRIHATIN Tambahan beri keupayaan industri PKS bernafas
Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata bidang perkhidmatan dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang sama harus diberi perhatian juga.

Pakej Rangsangan Ekonomi: Kerajaan perlu fokus terhadap kebajikan ekonomi rakyat
Peguambela dan peguamcara, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata ia penting bagi mengelakkan rakyat menganggur dengan lebih teruk seperti kegawatan ekonomi pada 1986 dan 1998.

Air pasang besar: Nelayan dinasihat rancang sebelum turun ke laut
Golongan nelayan dinasihat agar membuat perancangan terlebih dahulu sebelum turun ke laut berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda mulai esok sehingga Rabu ini.