Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjemput diaspora pakar Malaysia di luar negara untuk kembali ke tanah air untuk membantu melonjakkan kemajuan negara melalui sumbangan
kepakaran mereka.
Dengan dianggarkan diaspora Malaysia di luar negara kini berjumlah 1.2 juta dengan Australia antara negara yang teramai dihuni, beliau berkata kepakaran dan kemahiran mereka boleh digembleng untuk kepentingan negara.
Golongan pakar Malaysia di seberang laut kini tidak terhad dalam bidang perubatan, perakaunan dan undang-undang seperti dahulu kerana diaspora Malaysia juga terlibat dalam bidang-bidang lain seperti pengkhususan sains dan menjadi penyelidik di universiti, katanya.
"Sektor pekerjaan kita memerlukan lebih pakar. Negara memerlukan anda pulang, negara memerlukan kepakaran anda," katanya pada majlis jamuan makan malam bersama penuntut dan rakyat Malaysia di Queensland di sini Sabtu malam.
Pada Khamis, Muhyiddin melancarkan Rangkaian Perantau Saintifik Malaysia (MSDN) di sini yang akan bertindak sebagai platform menghubungkan saintis Malaysia di seluruh dunia dan mempromosi penyelidikan mereka dalam bidang kepakaran masing-masing untuk kebaikan negara.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata rancangan dan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan membuka ruang yang luas untuk pakar Malaysia untuk kembali serta menyumbang khidmat kepakaran mereka.
Beliau berkata jika dahulu mungkin pakar atau penyelidik Malaysia di luar negara akan bertanya sama ada mereka mempunyai prospek sekiranya pulang namun kini mereka tidak perlu khuatir kerana peluang itu semakin terbuka.
"Dengan program transformasi yang berlaku dalam negara, ruang itu pasti lebih terbuka," katanya.
Muhyiddin menasihatkan diaspora pakar Malaysia agar memanfaatkan peluang
ketika berada di luar negara dengan memberikan sepenuh perhatian dalam bidang
yang diceburi dan menimba pengalaman berguna di negara berkenaan agar kepakaran
itu dapat digunakan untuk menyumbang dalam pengurusan negara.
Beliau berkata rakyat Malaysia yang berminat untuk kembali menyumbang
kepakaran di tanah air boleh berhubung dengan Talent Corporation Malaysia Bhd
(TalentCorp), badan yang bertindak sebagai pemudahcara untuk menguruskan
kedatangan bakat-bakat.
Terdahulu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno ketika mengadakan
pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kelab Umno Australia dan New Zealand mahu
pemimpin kelab Umno di luar negara menggunakan saluran media sosial untuk
menangkis isu dan tohmahan yang dilemparkan pembangkang.
Beliau berkata pembangkang sedang cergas membawa pelbagai isu berikutan
pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
"Kita kena ambil langkah yang proaktif untuk tangani isu," katanya.
Bernama
Sun Nov 18 2012
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Siasatan ke atas GISBH, 740 rakaman percakapan direkod - KPN
Tindakan ini diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 18 September 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejajar jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah minggu depan, ringgit dijangka terus mengukuh dalam tempoh urus niaga singkat pada minggu ini.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 18 Sept 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi Ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.
Unpacking the key drivers fueling economic expansion in 2024
Discussion with Chief Executive Officer, BIMB Securities Sdn Bhd, Dr. Rosnani Rasul to understand the multifaceted dynamics shaping Malaysia's economic landscape in 2024. From projected GDP growth and robust private consumption to navigating global economic conditions and commodity price volatility, the country faces both opportunities and challenges.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8.13 pagi, ringgit susut kepada 4.2610/2785 berbanding dolar US daripada 4.2535/2645 ketika ditutup pada Selasa.
Piala EFL: Manchester United pesta jaringan di Old Trafford, belasah kelab divisyen tiga
Rashford menjaringkan gol pertama sejak pertengahan Mac ketika melakar kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Southampton.
Keterjaminan Makanan: Tingkat kelangsungan bekalan beras negara
Untuk mengulas lanjut berkenaan industri padi beras negara, serta usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap sara diri, kita bersama dengan Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Awani Pagi: PT3 dan UPSR: Ketinggalan zaman atau masih relevan?
Diskusi bersama Dr. Anuar Ahmad, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengenai implikasi pengembalian PT3 dan UPSR serta kesan perubahan dasar pendidikan terhadap masa depan pelajar dan sistem pendidikan kita.
[Data & Statistik]: Industri padi & beras negara
Niaga AWANI berkongsi beberapa data penting yang memberi gambaran serta realiti sebenar berkenaan industri padi dan beras di negara ini.
Pesta Wau Antarabangsa tarik lebih 30 peserta dari 15 negara
Antara negara yang mengesahkan penyertaan ialah Australia, Austria, Jepun, Hong Kong, Jerman, Poland, Amerika Syarikat, China dan Kemboja.
Beraya di negara orang demi tugas, tanggungjawab
Perasaan sedih kerana berjauhan dengan keluarga dapat diubati kerana ditemani isteri dan dikelilingi rakan-rakan setugas di pejabat kedutaan.
Merapatkan yang jauh: Rumah terbuka di kedutaan Malaysia bawa keceriaan
Sambutan hari raya di kedutaan mengubat kerinduan rakyat Malaysia di luar negara.
Lagu viral sampai luar negara, De Fam kongsi cerita di sebalik single Alamak Raya Lagi!
De Fam mengakui tidak menjangkakan single terbaharu mereka itu tular sehingga ke luar negara dan menjadi trend terkenal di aplikasi TikTok.
Program Satu Kampung Satu Produk diperkasa penuhi permintaan produk halal - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memperkasakan program "Satu Kampung Satu Produk" dengan penghasilan lebih banyak bahan termasuk ramuan dalam pengeluaran produk halal.
Kerajaan cadang lebih ramai pelajar Malaysia ikuti pengajian TVET di luar negara - Zahid Hamidi
Kerajaan berhasrat menghantar lebih ramai pelajar Malaysia mengikuti pengajian di luar negara dalam bidang TVET.
Semak status tunggakan cukai, sekat perjalanan sebelum ke luar negara - LHDN
LHDN memaklumkan sehingga 31 Dis 2023, bilangan kes sekatan perjalanan melibatkan pengarah syarikat adalah sebanyak 12,846 kes manakala individu pula 179,719 kes.
77 rakyat Malaysia ditahan di luar negara bagi kesalahan dadah - Bukit Aman
Sebanyak 77 rakyat Malaysia ditahan di luar negara bermula 2021 hingga November tahun ini atas pelbagai kesalahan dadah.
Percutian domestik kekal jadi pilihan pelancong tempatan
Percutian domestik masih menjadi pilihan pelancong tempatan bagi menghabiskan cuti sekolah, dengan tempat pelancongan popular kekal sebagai destinasi tumpuan.
Waspada penipuan pekerjaan, semak kesahihan syarikat - KSM
Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan tawaran pekerjaan terutama yang menjanjikan gaji lumayan di luar negara.