Kain Tenun Pahang Diraja menjadi pilihan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai persalinan baginda pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.
Kain tenun itu merupakan sentuhan rekaan yang diilhamkan baginda sendiri dan ia bertambah unik dan istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima persembahan hasil kain tenunan tersebut di Istana Negara di sini, termasuk empat pasang tenunan khas sebagai persalinan Raja Permaisuri Agong pada istiadat pertabalan itu nanti.
Ketika ditemui pemberita, Tunku Azizah bertitah Penjara Penor dan Bentong dipilih untuk menghasilkan persalinan baginda pada istiadat pertabalan itu sebagai tanda penghargaan Raja Permaisuri Agong selaku Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang.
"Memang Beta mahu penjara yang buat baju untuk Beta pakai pada hari pertabalan. Beta sangat bangga untuk memakainya. Ini merupakan satu penghormatan kepada Beta dan Beta juga ingin memberi penghormatan kepada mereka.
"Ada juga rekaan tenunan yang memasukkan lambang Negeri Pahang. Dua minggu sekali Beta akan ke Penjara Penor dan Bentong untuk melihat sendiri perkembangan kerja tenunan yang dilakukan," titah Tunku Azizah selepas majlis itu.
BACA JUGA: Sisi berbeza: Raja Permaisuri Agong tunjuk teladan isteri mithali di Aidilfitri
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz; Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar; Pengarah Penjara Pahang Datuk Ab Basir Mohamad; dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.
Baginda bertitah Tenun Pahang Diraja merupakan warisan seni tradisi yang dicipta rakyat Pahang sejak 300 tahun lalu.
Tunku Azizah yang mengagumi hasil kerja tenunan yang dipersembahkan itu bertitah baginda memperoleh ilham bagi rekaan tenunan itu antaranya daripada alam semula jadi dan keadaan sekeliling seperti biji kopi dan bayang-bayang pagar.
Baginda turut bertitah hasil upah menenun kain itu akan diagihkan kepada penghuni penjara berkenaan dan berharap kemahiran menenun akan dapat diperluaskan bagi memelihara warisan dan tradisi Melayu.
Penglibatan Tunku Azizah dalam membangunkan Tenun Pahang bermula pada 2005 dan baginda bertanggungjawab mengangkat Tenun Pahang dengan memasyhurkannya sebagai Tenun Pahang Diraja pada Mei 2006 dengan perkembangannya dipantau rapi menerusi Badan Penasihat Pembangunan Tenun Pahang Diraja.
Kerana minat begitu mendalam terhadap Tenun Pahang Diraja dan demi memartabatkannya, Tunku Azizah menubuhkan Institut Kemahiran Tengku Ampuan Mariam di Kompleks Budaya dan Kraftangan Pulau Keladi di Pekan, Pahang, pada 2010 bagi melatih golongan muda khasnya.
Sementara itu, Zulkifli berkata kerja tenunan itu melibatkan 73 banduan dari Penjara Penor dan 56 orang dari Penjara Bentong.
Beliau berkata kerja menenun dilakukan selama tiga bulan bermula Mac lepas dan tahap kemahiran penghuni kedua-dua penjara itu akan dinilai terlebih dahulu bagi menghasilkan mutu kerja yang berkualiti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2019
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan melihat dan menerima persembahan pada Majlis Penyerahan Kain Tenun Pahang Diraja sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 di Istana Negara hari ini. --fotoBERNAMA
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
MMA jumpa Dr Dzulkefly untuk perbincangan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan pegawai kementerian bagi membincangkan isu berkaitan petugas penjagaan kesihatan dan penjagaan kesihatan awam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Januari 2025.
BHEUU tidak terima sebarang pemakluman daripada Istana Negara
BHEUU sahkan bahawa tiada sebarang dokumen tambahan berkaitan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak dalam fail atau rekod rasminya.
Himpunan Solidariti Najib: Pas beri jaminan tiada kejadian luar kawal
Pas memberi jaminan tiada kejadian yang akan berlaku di luar kawalan ketika berlangsungnya himpunan Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak Menuntut Keadilan pada Isnin.
Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Januari 2025.
Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara
Seri Paduka Baginda juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.
Majlis Raja-Raja ke-267 bermula esok
Majlis Raja-Raja ke-267 akan berlangsung selama dua hari bermula esok dan dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Agong berkenan terima watikah pelantikan sembilan ketua perwakilan asing ke Malaysia
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Algeria dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada.
Agong terima panggilan telefon daripada Raja Charles III
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Khamis menerima panggilan telefon daripada Raja Britain Raja Charles III, di Istana Negara.
Agong kurnia watikah pelantikan tujuh perwakilan ke luar negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh perwakilan Malaysia ke luar negara.