BATU GAJAH: Perkara biasa di negara ini jika melihat bangsa lain fasih berbahasa Melayu, tetapi Wee Fook Seong atau lebih mesra disapa "Pak Wee" bukan hanya fasih berbahasa Melayu malah mampu menguasai loghat negeri Perak.
Ini menjadikan Wee, 34, yang membuka perniagaan kedai aksesori kereta sangat dikenali di Taman Saujana, Batu Gajah, malah mengumpul hampir 300,000 pengikut di laman TikToknya dek kerana kemahirannya bertutur dalam loghat negeri itu.
Malah telatahnya mengajar isterinya Goh Zhi Xuan, 27, bercakap loghat Perak itu menarik perhatian pengikutnya.
Anak jati Lasah, Sungai Siput ini ketika ditemui Bernama berkata, beliau fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan loghat Perak kerana bercampur dengan masyarakat Melayu sejak kecil.
"Saya anak peneroka Felda Lasah jadi memang pergaulan dengan masyarakat Melayu dari kecil sudah didedahkan kepada suasana harmoni dalam sesebuah masyarakat.
"Cuma masa tadika memang saya banyak bergaul dengan rakan berbangsa Melayu jadi daripada situ, saya belajar dan bertanya dengan mereka maksud perkataan yang tidak difahami.
"Kemudian saya bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Lintang dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Cina Shing Chung namun keghairahan mendalami bahasa Melayu dan loghat Perak tetap membara," katanya yang turut memberikan tips mengenai penjagaan kereta dalam bahasa Melayu di laman Facebooknya.
Bercerita lanjut mengenai kemahiran bahasa Melayunya, Wee berkata, beliau pernah disindir oleh rakan-rakan Cina yang lain sebelum ini kerana bertutur dalam bahasa Melayu tetapi menjelaskan mendalami bahasa itu mampu menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.
"Saya sendiri menonton filem Melayu, ceramah Ustaz Azhar Idrus, Syamsul Debat dan ceramah agama Islam lain untuk saya menghayati sendiri kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat Melayu.
"Dalam bidang ilmu pun banyak bahan bacaan dalam bahasa Melayu dan saya sendiri selesa menggunakan bahasa ini sebagai bahasa dalam kehidupan seharian saya, dalam keluarga saya sendiri pun saya perlahan-lahan terapkan penggunaan bahasa ini," katanya.
Bapa kepada empat anak ini berkata, penggunaan bahasa Melayu mencerminkan jalinan hubungan rakyat Malaysia yang harmoni kerana kemampuan pelbagai etnik secara bersama untuk menuturkan bahasa tersebut.
Beliau berkata, keperluan untuk mengubah persepsi rakyat ketika ini perlu diberi perhatian dalam memastikan semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa mampu menguasai bahasa Melayu.
"Memang dahulu ada persepsi terhadap bahasa Melayu kerana beranggapan bahasa Melayu hanya milik orang Melayu sahaja tetapi sebenarnya bahasa ini adalah bahasa untuk semua merentasi semua bangsa.
"Jika anda bukan berbangsa Melayu tetapi mampu menguasai bahasa Melayu ia satu kelebihan begitu juga sebaliknya malah ramai orang Melayu sekarang pun sudah menguasai bahasa Cina.
"Kita boleh lihat masyarakat Cina di Kelantan yang fasih dialek Kelantan, di Kedah pun begitu namun ia sedikit pun tidak menghakis jati diri mereka apatah lagi pegangan agama," katanya.
Wee menambah tugas mengukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan adalah tanggungjawab setiap insan yang lahir di negara ini.
"Penguasaan bahasa kebangsaan ini akan menjadi nilai tambah pada mereka yang bukan Melayu kerana bahasa kebangsaan bukan sekadar bahasa tetapi juga lambang keperibadian dan identiti rakyat Malaysia.
"Jika anda seorang Cina dan boleh bertutur bahasa Melayu maka ia tidak akan menjadikan anda seorang Melayu hingga melupakan terus bahasa Mandarin kerana buktinya saya sendiri masih fasih berbahasa Cina dan mungkin selepas ini nak belajar bahasa Tamil pula," katanya.
Perkara itu turut diperakui isterinya, Goh yang berkata, suami adalah pendorong kepada kejayaannya menguasai bahasa Melayu dengan baik hingga melayakkan beliau untuk lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
"Saya memang satu patah perkataan Melayu tidak faham, kalau ujian di sekolah dahulu memang saya tinggalkan kosong kerana satu perkataan pun saya gagal fahami.
"Tetapi Pak Weelah yang banyak mengajar saya mendalami bahasa Melayu, daripada satu patah perkataan hinggalah kini saya mampu bercakap dan bersembang di TikTok melakukan jualan langsung menggunakan bahasa Melayu," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
Wee Fook Seong (kanan) atau lebih mesra disapa "Pak Wee" bukan hanya fasih berbahasa Melayu malah mampu menguasai loghat negeri Perak. - Gambar BERNAMA
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
"Pak Wee" seronok ajak rakan, keluarga bahasa Melayu, loghat Perak
Anak peneroka Felda Lasah ini sejak kecil sudah didedahkan kepada suasana harmoni dalam sesebuah masyarakat.