Program 'Speaking Nation' Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) bagi mengasah bakat dan kemampuan murid anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Pesona yang diasaskan personaliti terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi, hari ini melebarkan sayap penganjurannya ke negeri Kelantan.
Menurut Aznil, kunjungannya ke sini hari ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai pembinaan sahsiah diri kepada murid-murid yang terlibat sekali gus melahirkan generasi berkeyakinan, serta memiliki daya persaingan yang tinggi.
"Menerusi program ini saya cuma nak bagi perangsang kepada murid yang terlibat supaya menjadi lebih berani, kerana rata-rata yang saya perhatikan mereka tidak mempunyai keyakinan diri, dan takut sedangkan mereka tidak membuat kesalahan apa pun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Program 'Speaking Nation' PAK21 Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Garong (1) di sini.
Hadir sama, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Kelantan, Mohd Hassany Hashim dan Penolong Pengarah Kurikulum (Sains Menengah) Sektor Pengurusan Akademik JPN Kelantan yang juga Penyeralas Program 'Speaking Nation' PAK21 Peringkat negeri, Mohd Zaid Mohd Zain.
Aznil yang juga dilantik oleh pihak KPM sebagai Ikon PAK21 berkata, menerusi konsep PAK21, lima elemen utama diterapkan kepada murid adalah elemen berkomunikasi dengan baik, kreatif, mampu berfikir di luar kotak, bekerjasama dalam kumpulan dan mampu mengekalkan nilai-nilai murni.
"Dengan adanya elemen-elemen ini ia dapat melahirkan golongan yang luar biasa dan bagi saya, nilai (murni) yang diterapkan dalam diri akan membezakan diri kita dengan orang lain tanpa mengira profesion apa pun,"katanya.
Kelantan menjadi lokasi kesembilan penganjuran program itu dengan penglibatan kira-kira 900 orang murid daripada 15 buah sekolah disekitar daerah ini antaranya SK Padang Garong (1), SK Padang Garong (2), SK Sri Bemban, SK Tanjung Mas, SK Penambang, SK Kampung Sireh , SK Merbau, SK Padang Kala dan SK Langgar.
Aznil berkata, program jelajah yang bergerak ke semua negeri ini akan diteruskan ke lokasi seterusnya antaranya di negeri Pahang, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Labuan yang dijangka akan berakhir pada Disember nanti.
Sementara itu, Mohd Hassany berkata, pihaknya berterima kasih kepada KPM dan Yayasan Pesona kerana membantu menaikkan semangat murid-murid yang terlibat dalam program ini terutama mereka daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).
"Kita sedar kebanyakan pelajar tidak mempunyai keyakinan yang tinggi, jadi dengan penekanan nilai dan kasih sayang yang diterapkan oleh Pak Nil (Aznil) menerusi program ini dilihat dapat menjadi bekalan penting anak-anak pada masa hadapan mereka," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 23 2019
![Pak Nil kongsi ilmu keyakinan diri dengan pelajar sekolah di Kelantan Pak Nil kongsi ilmu keyakinan diri dengan pelajar sekolah di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41569229638_TBAZNILKELANTANjpg.jpg)
Aznil Nawawi atau Pak Nil bersama pelajar-pelajar selepas sesi perkongsian ilmu pada program 'Speaking Nation' PAK21 Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Garong (1), Kota Bharu, Kelantan pada Isnin.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715828163_Aznil.jpg)
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
![“Terima kasih Universiti Malaya” - Aznil “Terima kasih Universiti Malaya” - Aznil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699246211_AznilNawawi.jpg)
“Terima kasih Universiti Malaya” - Aznil
Pelantikan sebagai Profesor Adjung di Universiti Malaya disifatkan Aznil hadiah paling bermakna di hari kelahiran ke-61 beliau hari ini.
![Koreografer legenda Ahmad Kassan meninggal dunia Koreografer legenda Ahmad Kassan meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693534553_ahmadkassan.jpg)
Koreografer legenda Ahmad Kassan meninggal dunia
Pak Nil menyifatkan Allahyarham sebagai sahabat yang sangat rapat dengannya dan tunjang utama kejayaan program Macam Macam Aznil.
![Pak Nil mohon maaf, kesal 'prank' melampau peserta program Pak Nil mohon maaf, kesal 'prank' melampau peserta program](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670719385_aznil.jpg)
Pak Nil mohon maaf, kesal 'prank' melampau peserta program
Pak Nil yang juga bertindak selaku mentor program tersebut berkata tindakan peserta itu sudahpun melampui batas.
![Aznil teruja kembali ke pentas graduasi selepas 37 tahun Aznil teruja kembali ke pentas graduasi selepas 37 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670645609_DutaAlumniUM.jpg)
Aznil teruja kembali ke pentas graduasi selepas 37 tahun
Pak Nil memberitahu kehadiran beliau buat julung kalinya ke istiadat konvokesyen berkenaan adalah sebagai Duta Alumni UM.
![Terima kasih rakyat Malaysia - Aznil serah kutipan dana buat Zamani Terima kasih rakyat Malaysia - Aznil serah kutipan dana buat Zamani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71659164710_zamani.jpg)
"Terima kasih rakyat Malaysia" - Aznil serah kutipan dana buat Zamani
Sebanyak RM100,000 yang dikumpul daripada orang ramai diharap bantu Zamani jalani rawatan sakit belakang.
![Pak Nil kutip lebih RM100,000 biayai kos pembedahan Zamani Slam Pak Nil kutip lebih RM100,000 biayai kos pembedahan Zamani Slam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656200964_TBPAKNILZAMANI.jpg)
Pak Nil kutip lebih RM100,000 biayai kos pembedahan Zamani Slam
Kutipan tersebut bertujuan membantu Zamani yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.
![Plot twist! Aznil terkedu terima Anugerah Khas MeleTOP Plot twist! Aznil terkedu terima Anugerah Khas MeleTOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653901467_AznilHjNawawi.jpg)
Plot twist! Aznil terkedu terima Anugerah Khas MeleTOP
Sinonim dengan tema #tetibaAME2021, Anugerah Khas Meletop tiba-tiba 'memutar-belit' plot apabila Datuk Aznil yang merupakan pengumum bagi Kategori itu adalah penerima anugerah tersebut.
![Aznil kongsi rezeki dengan 500 rider e-hailing Aznil kongsi rezeki dengan 500 rider e-hailing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81651291402_RiderEHailingDapa.jpg)
Aznil kongsi rezeki dengan 500 rider e-hailing
Semoga semakin murah rezeki Pak Nil yang memang terkenal dengan sikapnya yang gemar melakukan jariah.
![Banjir: Hari ini, hari mereka... siapa tahu, esok lusa hari kita pula - Aznil Banjir: Hari ini, hari mereka... siapa tahu, esok lusa hari kita pula - Aznil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640964441_TBPAKNIL.jpg)
Banjir: Hari ini, hari mereka... siapa tahu, esok lusa hari kita pula - Aznil
Sebahagian daripada diri Aznil Nawawi rasa bersalah jika tidak turun padang membantu mangsa-mangsa banjir.