KUANTAN: Pahang menyampaikan sumbangan wang tunai RM700,000 kepada rakyat Palestin menerusi kutipan dana Pahang4Palestine, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata selain pemberian RM250,000 oleh kerajaan negeri, sumbangan turut diterima daripada penduduk Pahang, UMNO Pahang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersimpati dengan nasib penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel itu.
"Tumpuan utama sumbangan ini difahamkan akan digunakan bagi membaik pulih masjid dan sekolah yang musnah dalam serangan, dan kita pastikan sumbangan ini benar-benar sampai kepada penduduk Palestin," katanya.
Wan Rosdy berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Kempen Dana Tabung Pahang4Palestine dan Pelancaran Projek Rakyat Pahang di Bumi Gaza yang berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Pahang di sini semalam.
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjadi penaung kepada kedua-dua kempen berkenaan.
Majlis turut disertai oleh aktivis Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang berada di Gaza serta beberapa penduduk kawasan berkenaan menerusi siaran di laman sosial Facebook, yang antara lain menyaksikan bendera Pahang dinaikkan di perkarangan sekolah yang dibaik pulih menggunakan sumbangan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021

Wan Rosdy menyerahkan replika cek kepada seorang 'posmen' sebagai simbolik penghantaran sumbangan wang tunai kepada rakyat Palestin pada majis di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang, Jalan Teluk Cempedak, Kuantan, 12 Okt, 2021. -- fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (27 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 28 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gene Hackman ditemukan mati bersama isteri, anjing peliharaan
Pelakon legenda dan pemenang dua kali Anugerah Oscar, Gene Hackman ditemukan mati bersama isterinya, Betsy Arakawa, di kediaman mereka di New Mexican, pada tengah hari Rabu.
40 lelaki uyghur diusir dari Thailand
Seramai 40 warganegara China berbangsa Uyghur yang menduduki Thailand secara haram, telah dihantar pulang ke China pada Khamis.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian mengesahkan kepada media tempatan tentang pengusiran sekumpulan lelaki Uyghur yang telah ditahan di Thailand selama lebih dari satu dekad.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian mengesahkan kepada media tempatan tentang pengusiran sekumpulan lelaki Uyghur yang telah ditahan di Thailand selama lebih dari satu dekad.
Lapan terkorban dalam kebakaran di Bandar Quezon
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam kebakaran bangunan kediaman setinggi tiga tingkat di Kampung San Isidros Galas, Bandar Quezon, Filipina
Dua lelaki disebat kerana amal hubungan sejenis
Dua lelaki di Wilayah Aceh, Indonesia telah dikenakan hukuman sebat secara terbuka selepas Mahkamah Syariah menyabitkan mereka berdua atas kesalahan melakukan persetubuhan sejenis.
Puluhan penduduk hadir menyaksikan hukuman tersebut yang dijalankan di dalam dewan di taman kota bustanussalatin.
Puluhan penduduk hadir menyaksikan hukuman tersebut yang dijalankan di dalam dewan di taman kota bustanussalatin.
Penubuhan majlis media pastikan industri kekal mampan
Selepas 50 tahun, penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) akhirnya diluluskan di Dewan Rakyat pada Rabu untuk mengawal selia dan melindungi kepentingan pengamal media.
Akta PSB: "Kalau mereka anjur perhimpunan, saya akan turun lawan mereka" – Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan yang dibuat kerajaan bagi menggubal akta pembaharuan semula bandar (PSB) yang akan dibentangkan di Parlimen kelak.
Kes IPIC: AG perlu kemukakan pertuduhan baharu terhadap Najib – NGO
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pada Khamis mendesak Peguam Negara (AG) Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk menyatakan jangka masa pertuduhan baharu terhadap Datuk Seri Najib Tunk Razak berhubung dana RM6.6 bilion berkaitan International Petroleum Investment Company (IPIC).
Kumpulan itu berkata, jika pendakwaan tidak mengemukakan pertuduhan terbaharu selepas tempoh tertentu, pihak pembelaan Najib boleh memohon pelepasan dengan pembebasan (DAA).
Kumpulan itu berkata, jika pendakwaan tidak mengemukakan pertuduhan terbaharu selepas tempoh tertentu, pihak pembelaan Najib boleh memohon pelepasan dengan pembebasan (DAA).
Pesawah terima RM15 juta untuk persediaan Ramadan dan Aidilfitri
Perdana Menteri mengumumkan pesawah di seluruh negara akan menerima bantuan persediaan awal menjelang Ramadan dan Aidilfitri sebanyak RM15 juta.

Pahang sumbang RM700,000 kepada rakyat Palestin
Selain pemberian RM250,000 oleh kerajaan negeri, sumbangan turut diterima daripada penduduk Pahang, UMNO Pahang dan NGO.

Tengku Hassanal sumbang elaun diraja ke Tabung COVID-19 Pahang
Kurniaan hari ini, dilakukan sehari selepas Tengku Hassanal berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama tiga bulan ke Tabung Pahang4Palestine.