KUANTAN: Pahang merancang membangunkan Bandar Aeroangkasa di kawasan seluas 5,042 hektar di Gebeng, di sini bermula tahun depan dan dijangka beroperasi pada 2026.
Menteri Besarnya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek berimpak tinggi itu akan turut melibatkan pemindahan lapangan terbang sedia ada ke kawasan baharu dan seterusnya menyokong Rancangan Fizikal Negara ke-3 iaitu sebagai bandar pembangunan transit nasional (udara, darat dan laut) secara bersepadu di kawasan berkenaan.
Beliau berkata projek tersebut juga, apabila siap kelak, akan menyediakan sebuah lapangan terbang antarabangsa dan juga hab perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan pesawat (MRO) yang bertaraf dunia.
Menurutnya, nilai pasaran MRO bagi kawasan Asia Pasifik untuk tempoh 20 tahun akan datang dianggar berjumlah RM15 trilion, dan dengan pembukaan bandar itu, Pahang dijangka memperoleh satu peratus atau RM150 bilion untuk tempoh 20 tahun, atau RM7.5 bilion setahun daripada nilai pasaran MRO Asia Pasifik.
"Projek berkenaan akan dilaksanakan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) secara bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (S-GLC) iaitu Pahang Corporation Sdn Bhd (PahangCorp)," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau terdahulu menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman di antara Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan PahangCorp oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Khusaini Harumaini.
Selain itu, Wan Rosdy berkata Bandar Aeroangkasa tersebut juga akan menyediakan tapak perindustrian berkaitan penerbangan yang mampu menarik minat syarikat-syarikat besar dalam industri pembinaan pesawat dan komponen pesawat.
Pembinaan Bandar Aeroangkasa ini katanya, turut mengambil kira faktor hab ekonomi yang lain kerana ia terletak berhampiran kawasan industri Gebeng, Pelabuhan Kuantan dan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) selain menjadi pintu masuk utama ke negeri pantai timur.
Ia juga turut akan menyediakan 50,000 peluang pekerjaan sama ada melibatkan sektor penerbangan atau bukan penerbangan, katanya.
"Saya berharap perancangan untuk mewujudkan Bandar Aeroangkasa Pahang akan menjadikan negeri ini sebagai pilihan utama pelabur untuk melabur di negara ini berdasarkan kepada perkhidmatan yang disediakan nanti selain faktor geo-ekonomi yang strategik di pantai timur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021
![Pahang bakal miliki Bandar Aeroangkasa - MB Pahang bakal miliki Bandar Aeroangkasa - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625160642_WANROSDYWANISMAIL.jpg)
Wan Rosdy berkata, dengan pembukaan bandar itu, Pahang dijangka memperoleh satu peratus atau RM150 bilion untuk tempoh 20 tahun, atau RM7.5 bilion setahun, daripada nilai pasaran MRO Asia Pasifik. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Warga Perancis bergelang merah jambu di LTAB Langkawi negatif COVID-19 - Polis Warga Perancis bergelang merah jambu di LTAB Langkawi negatif COVID-19 - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51597938712_WargaPerancis.jpg)
Warga Perancis bergelang merah jambu di LTAB Langkawi negatif COVID-19 - Polis
Saringan pertama ke atas seorang lelaki warga Perancis yang dikesan memakai gelang berwarna merah jambu di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Langkawi, petang tadi, negatif COVID-19.
![Majikan gagal pastikan kesihatan pekerja terjaga boleh didenda Majikan gagal pastikan kesihatan pekerja terjaga boleh didenda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51580910480_TBCORONAKLIA.jpg)
Majikan gagal pastikan kesihatan pekerja terjaga boleh didenda
Majikan disaran menjalankan penilaian risiko dan menambah baik prosedur kerja bagi mengelak jangkitan virus dalam kalangan pekerja.
![PIA bakal miliki terminal tambang rendah - Guan Eng PIA bakal miliki terminal tambang rendah - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81533573807_PenangAirport.jpg)
PIA bakal miliki terminal tambang rendah - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini juga susulan hasil perbincangan yang positif di antara Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan AirAsia.
![Malaysia Airlines pindah operasi di Lapangan Terbang Soekarno Hatta mulai 9 April Malaysia Airlines pindah operasi di Lapangan Terbang Soekarno Hatta mulai 9 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71522229698_MAS.jpg)
Malaysia Airlines pindah operasi di Lapangan Terbang Soekarno Hatta mulai 9 April
Penumpang diminta memberikan perhatian terhadap maklumat yang dicetak pada tiket sewaktu hendak berlepas.
![Taktik sorok dadah dalam bagasi penumpang gagal di Brazil Taktik sorok dadah dalam bagasi penumpang gagal di Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513748936_brazilAirport.jpg)
Taktik sorok dadah dalam bagasi penumpang gagal di Brazil
Taktik sorok dadah dalam bagasi penumpang menerusi penerbangan menuju ke Eropah berjaya digagalkan pihak berkuasa Brazil.
![Pulau Pinang perlukan landasan kedua - Lim Pulau Pinang perlukan landasan kedua - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/61404024581_295x200.jpg)
Pulau Pinang perlukan landasan kedua - Lim
Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini mengulangi bahawa Pulau Pinang memerlukan landasan kedua dan mempunyai cukup tanah untuk membina landasan tambahan.
![BN P. Pinang bercanggah tentang pembinaan lapangan terbang di Kedah - Guan Eng BN P. Pinang bercanggah tentang pembinaan lapangan terbang di Kedah - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/51359621832_295x200.jpg)
BN P. Pinang bercanggah tentang pembinaan lapangan terbang di Kedah - Guan Eng
Dua parti komponen Barisan Nasional Pulau Pinang, UMNO dan Gerakan didakwa berterusan mempunyai pandangan yang berbeza.