KUANTAN: Kerajaan Pahang sedang dalam proses mewartakan kawasan seluas 134,183 hektar tanah rizab bagi Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah menjelang akhir 2028, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.
Beliau berkata fasa pertama usaha itu meliputi kawasan seluas 92,649 hektar membabitkan keseluruhan kawasan Hutan Simpan Gunung Aais di Jerantut dan rizab tambahannya sebagai Hutan Perlindungan Hidupan Liar telah diwartakan melalui notis bertarikh 4 Mei tahun ini, manakala selebihnya akan dilaksanakan dalam fasa dua melibatkan Hutan Simpan Tekai-Tembeling.
"Ia adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan Pahang melalui Jabatan Perhutanan negeri untuk meningkatkan populasi Harimau Malaya dan kawasan merayau mereka, sekali gus mengelak konflik antara manusia dan hidupan liar.
"Tanah rizab ini merupakan inisiatif pemuliharaan Harimau Malaya yang pertama di Malaysia dan sebenarnya kawasan rizab ini akan menjadi sebahagian daripada projek kredit karbon di bawah skim Kumpulan Wang Hutan Malaysia sebagai salah satu daripada banyak usaha untuk meningkatkan pemuliharaan hutan secara kolektif," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Harimau Pahang Pertama di sini pada Jumaat yang turut hadiri oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam ucapannya, Johari berkata beliau dimaklumkan kini terdapat kurang daripada 150 ekor Harimau Malaya di Malaysia, dengan 39 daripadanya berada di Pahang.
Johari juga berkata kerajaan Pahang mengambil langkah serius dalam melindungi hidupan liar termasuk Harimau Malaya, dengan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memelihara hutan.
"Sehingga 2021, kawasan berhutan di Pahang berjumlah 2.04 juta hektar, mewakili 57 peratus daripada kawasan negeri ini. Kawasan hutan ini termasuk Hutan Simpan Kekal, Hutan Perlindungan dan Hutan Tadahan Air.
"Dengan ini, Pahang telah menjadi penyumbang terbesar kawasan hutan di Semenanjung Malaysia," katanya.
Hutan Simpan Kekal, Hutan Perlindungan dan Hutan Tadahan Air.
Sementara itu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Harimau Malaya berada di ambang kepupusan kerana populasinya berada pada tahap membimbangkan dan akan pupus dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, jika langkah luar biasa tidak diambil. .
Sementara itu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Harimau Malaya berada di ambang kepupusan kerana populasinya berada pada tahap membimbangkan dan akan pupus dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, jika langkah luar biasa tidak diambil.
"Bertindak atas perkara ini, Kabinet Malaysia pada 2021, bersetuju dengan sembilan tindakan luar biasa bagi pemuliharaan Harimau Malaya untuk tempoh 10 tahun, bermula dari 2021 hingga 2030.
"Tindakan luar biasa itu berdasarkan tiga pendekatan iaitu pengukuhan di peringkat akar umbi dan pemuliharaan habitat Harimau Malaya, menambah baik tadbir urus dan keberkesanan dalam pelaksanaan usaha pemuliharaan dan memantapkan inisiatif untuk memastikan kemandirian spesies Harimau Malaya melalui penyediaan instrumen kewangan yang inovatif dan habitat Harimau Malaya skim akreditasi," katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Ketua Setiausaha Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Rosli Isa.
Nik Nazmi juga memaklumkan kementerian turut memgambil tindakan strategik menangani krisis populasi Harimau Malaya dengan kerajaan Pahang, seperti menubuhkan Pasukan Petugas Kebangsaan Bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF) pada tahun lepas.
Selain itu, Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) diperkukuhkan yang antara lain menyaksikan 302 Renjer Komuniti dilantik tahun ini dengan peruntukan RM9 juta.
Pusat Konservasi Harimau Malaya juga ditubuhkan di Lanchang, Temerloh pada 1 Feb 2022 bagi menjalankan program pembiasan haiwan itu secara berfokus.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
Tengku Hassanal Ibrahim berkenan berangkat pada 1st Pahang Tiger Summit 2023 di Kuantan, 28 Julai 2023, dengan diiringi Johari (kiri). --fotoBERNAMA
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Perisik Korea Utara berpaling tadah
Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba dikenali sebagai Ri II Kyu, 52 tahun, berpaling tadah ke Korea Selatan.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Pahang akan warta 134,183 hektar tanah sebagai rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah
Fasa pertama meliputi kawasan seluas 92,649 hektar yang telah diwartakan melalui notis bertarikh 4 Mei tahun ini.