KUCHING: Kerajaan Sarawak menyokong hasrat kerajaan Persekutuan untuk memperkenalkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), namun menyarankan supaya ia dilaksanakan dengan penuh waspada.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata dalam menyalurkan bantuan dengan lebih efektif, maklumat berhubung ekonomi dan kedudukan kewangan memanglah amat penting bagi menentukan kejayaan subsidi bersasar.
"Namun bukanlah sehingga ke tahap mendedahkan profil sulit dan peribadi seseorang, yang sememangnya tidak wajar didedahkan, dalam menentukan kelayakan penerima yang disasarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan keputusan kerajaan Sarawak baru-baru ini untuk menghentikan proses pendaftaran PADU di negeri itu, sementara menantikan penambahbaikan terhadap pelaksanaannya.
"Kerajaan Sarawak secara prinsipnya menyokong niat murni kerajaan Persekutuan bagi memastikan sumber-sumber kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia disalurkan dengan lebih berkesan, namun pelaksanaannya ia perlu dibuat dengan penuh waspada," katanya.
Beliau berkata kebimbangan yang dibangkitkan oleh Kerajaan Sarawak dan orang ramai secara amnya memang berasas memandangkan kes-kes berkaitan kebocoran data memang berleluasa pada masa ini, dan pengumpulan data peribadi semua rakyat Malaysia dalam satu pangkalan data pusat memerlukan tahap keselamatan serta perlindungan data yang amat tinggi.
"Penjelasan daripada Kementerian Ekonomi mengenai perkara itu berhubung pelaksanaan keselamatan dan protokolnya adalah penting bagi kerajaan Sarawak menyokong penuh inisiatif Kerajaan Persekutuan itu, kerana kerajaan negeri juga perlu melindungi kepentingan rakyat Sarawak," tambahnya.
Menjawab kebimbangan yang dibangkitkan oleh kerajaan Sarawak, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dipetik sebagai berkata bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Sarawak minggu ini untuk berbincang mengenai pendaftaran PADU.
Beliau berkata ia susulan arahan kerajaan negeri untuk menangguhkan proses pendaftaran dan pengemaskinian PADU.
"Setakat ini saya difahamkan bahawa arahan untuk menghentikan pendaftaran hanya terpakai kepada pegawai-pegawai kerajaan dan petigas kerajaan kerajaan negeri.
"Kami telah hubungi kerajaan Sarawak, dan minggu depan (minggu ini), Kementerian Ekonomi akan duduk berbincang mengenai perkara ini dengan mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog awam PADU di Shah Alam dua hari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024

Sharifah Hasidah berkata dalam menyalurkan bantuan dengan lebih efektif, maklumat berhubung ekonomi dan kedudukan kewangan memanglah amat penting bagi menentukan kejayaan subsidi bersasar. - Gambar fail/FB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.

Kerajaan akan guna PADU rangka RMK13 - Hanifah
Kerajaan akan menggunakan data dalam PADU sebagai input untuk merangka dasar dan hala tuju pembangunan sosioekonomi dalam RMK13 yang akan bermula 2026 hingga 2030.

Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi
Menurut kementerian itu, sistem PADU adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.

Budi Madani dibangunkan guna kepakaran dalaman, pegawai kerajaan
Tidak wujud isu menggunakan tender terbuka atau tidak memandangkan sistem tersebut menggunakan infrastruktur sedia ada.

Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi
Kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi.

PRK Sungai Bakap: Cikgu Joohari guna pendekatan "PADU" dekati pengundi
Calon PH mewakili Kerajaan Perpaduan Joohari Ariffin akan mengetengahkan pendekatan "PADU" bagi mendekati pengundi sepanjang gerak kerja kempen PRK Sungai Bakap.

Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.

Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.

Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap
Antara maklumat yang belum lengkap diisi ialah pengenalan diri (gagal pengesahan identiti).