PAPAR: Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan dilancarkan Selasa ini membolehkan kerajaan mengenal pasti rakyat yang benar-benar layak untuk menerima subsidi bersasar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata sistem itu juga akan mengenal pasti pelbagai faktor lain antaranya bilangan tanggungan dan bukan hanya jumlah pendapatan atau tahap isi rumah sama ada B40, M40 atau T20.
Justeru katanya ia membolehkan kerajaan memastikan subsidi yang diberikan sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan, bukan diseleweng pihak tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan.
"Kita mahu subsidi kerajaan, tahun ini sahaja mencecah RM81 bilion, disampaikan adil atau diberi timbal balik melalui bantuan sosial kepada rakyat memerlukan.
"Pertimbangan dan penentuan jumlah bantuan sosial kepada rakyat memerlukan ini akan berpandukan kepada data PADU.
"Ada rakyat terima bantuan kebajikan am RM300, pesakit terlantar terima bantuan RM500 adilkah atau perlukan lebih lagi, kita lihat melalui PADU.
"Tetapi ada subsidi diesel diberikan kepada pemilik ladang sawit bagi kenderaan mereka sedangkan (mereka) raih keuntungan banyak, kita nilai semuanya nanti," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Fun Hike Keluarga Samat di Bukit Bendera, di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal meluncurkan PADU Selasa ini (2 Jan) dan sistem itu akan dibuka selama tiga bulan untuk semua warganegara mengesahkan dan mengemas kini data sosioekonomi mereka.
Armizan berkata dalam memastikan subsidi bersasar sampai dan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan, beliau memohon supaya semua rakyat mengesahkan serta mengemas kini data sejurus PADU dilancarkan dan tidak menunggu saat akhir untuk berbuat demikian.
Beliau berkata kerajaan komited untuk melaksanakan dasar subsidi bersasar yang akan hadir bersama jaminan bantuan sosial termasuk bantuan tunai yang akan ditentukan jumlahnya kemudian.
Pelaksanaan dasar subsidi bersasar itu katanya tidak bermaksud bahawa subsidi akan ditarik sepenuhnya, sebaliknya ia melibatkan reformasi dalam pemberian subsidi dan bantuan sosial kepada rakyat.
"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited untuk membantu kerajaan melaksanakan agenda subsidi bersasar dengan komitmen bahawa dasar ini akan hadir bersama jaminan bantuan sosial kepada rakyat yang memerlukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2023
Armizan (foto) berkata sistem itu juga akan mengenal pasti pelbagai faktor lain antaranya bilangan tanggungan dan bukan hanya jumlah pendapatan atau tahap isi rumah sama ada B40, M40 atau T20. -Gambar fail
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi
Menurut kementerian itu, sistem PADU adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.
Budi Madani dibangunkan guna kepakaran dalaman, pegawai kerajaan
Tidak wujud isu menggunakan tender terbuka atau tidak memandangkan sistem tersebut menggunakan infrastruktur sedia ada.
Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi
Kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi.
PRK Sungai Bakap: Cikgu Joohari guna pendekatan "PADU" dekati pengundi
Calon PH mewakili Kerajaan Perpaduan Joohari Ariffin akan mengetengahkan pendekatan "PADU" bagi mendekati pengundi sepanjang gerak kerja kempen PRK Sungai Bakap.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap
Antara maklumat yang belum lengkap diisi ialah pengenalan diri (gagal pengesahan identiti).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 April 2024.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.