KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini memberi jaminan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kekal selamat walaupun berhadapan dengan lebih dua juta cubaan menggodam setiap minggu.
Beliau berkata serangan berkenaan berlaku dalam pelbagai bentuk antaranya Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDOS) dan sekatan firewall sejak sistem itu dilancarkan pada 2 Jan lepas.
"Saya boleh nyatakan PADU masih lagi selamat hasil tindakan pantas yang diambil pasukan pembangunan sistem.
"Kerajaan juga memutuskan untuk melaksanakan geofencing (teknologi pengesanan berasaskan GPS). Hanya capaian dalam Malaysia sahaja boleh mengemas kini PADU," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat, hari ini.
Rafizi berkata sebanyak 4,292,912 individu berusia 18 tahun dan ke atas yang mewakili 19.5 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi Malaysia telah mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam PADU setakat 10 Mac.
"Kalau jumlah pendaftaran termasuk mereka yang berumur bawah 18 tahun adalah 5,946,708 orang iaitu 19.8 peratus daripada keseluruhan populasi negara," katanya.
Rafizi berkata PADU akan diperkemas dengan kemampuan mengemas kini data secara masa nyata bagi membolehkan perkongsian data antara jabatan serta agensi dilakukan secara pantas dan automatik.
"Maknanya kalau ada sahaja kemas kini data di mana-mana kementerian dan jabatan, secara automatik ia akan dicerminkan dalam pangkalan data PADU.
"...Inisiatif ini diambil bagi menambah baik perancangan dasar dan pelaksanaan program berpandukan data untuk membolehkan rakyat menerima manfaat yang sewajarnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
![PADU kekal selamat walau berdepan serangan penggodam - Rafizi PADU kekal selamat walau berdepan serangan penggodam - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710161683_TBRAFIZIRAMLI.jpg)
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739015449_JPVPP.jpg)
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
JPVPP menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong.
I-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Kolej Universiti i-CATS telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pakar dari turkiye dan negara lain bagi menjayakan pelancaran satelit pertama milik Sarawak.
![Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712580254_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.
Pembaikan paip transmisi utama di Jalan Penampang selesai
Timbalan Ketua Menteri III, DAtuk Shahelmey Yahya, memaklumkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan syarikat konsesi air Kota Kinabalu Jetama Sdn Bhd (JETAMA) telah menyelesaikan kerja pembaikan pada lewat malam Jumaat, dan bekalan air kini sedang dikembalikan secara berperingkat.
Kapasiti air di beberapa takungan di Sandakan kurang
Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya, memaklumkan bekalan air di daerah itu bergantung kepada dua sumber utama, iaitu Empangan Segaliud dan takungan air. Bagaimanapun beberapa takungan dilaporkan mengalami penurunan kapasiti.
Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya mengaku telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
JKR Sabah nilai kerosakan jalan di kawasan terjejas banjir
Jabatan Kerja Raya Sabah sedang memantau dan menilai kerosakan jalan yang terkesan akibat banjir di negeri itu dengan tumpuan akan diberikan di kawasan yang ditenggelami air.
Jumlah mangsa banjir di PPS Sabah meningkat
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga berbanding 695 daripada 189 keluarga pagi tadi.
![Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah' Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739012709_MADAD.jpg)
Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'
Program Assalamualaikum RaRa 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani pada Sabtu menarik ramai pengunjung untuk hadir ke program agama itu.
![Sistem PADU selamat - Fahmi Sistem PADU selamat - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709157186_FahmiFadzil.jpg)
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
![Kerajaan Selangor rangka strategi giatkan pendaftaran PADU, pastikan tiada keciciran - Amirudin Kerajaan Selangor rangka strategi giatkan pendaftaran PADU, pastikan tiada keciciran - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710491043_AmirudinShari.jpg)
Kerajaan Selangor rangka strategi giatkan pendaftaran PADU, pastikan tiada keciciran - Amirudin
Kerajaan Selangor akan merangka strategi ke arah mempergiatkan usaha meningkatkan bilangan penduduk negeri itu berdaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Mac 2024.
![PADU kekal selamat walau berdepan serangan penggodam - Rafizi PADU kekal selamat walau berdepan serangan penggodam - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710161683_TBRAFIZIRAMLI.jpg)
PADU kekal selamat walau berdepan serangan penggodam - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini memberi jaminan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kekal selamat walaupun berhadapan dengan lebih dua juta cubaan menggodam setiap minggu.
![Percubaan sistem PADU pada November, diguna Januari 2024 - Rafizi Percubaan sistem PADU pada November, diguna Januari 2024 - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691145421_RafiziRamli.jpg)
Percubaan sistem PADU pada November, diguna Januari 2024 - Rafizi
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka melalui tempoh percubaan mulai November ini sebelum dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024 untuk kegunaan pengesahan maklumat peribadi.