Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mencadangkan supaya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menaikkan had tunggakan cukai bagi tujuan sekatan perjalanan ke luar negara oleh individu atau syarikat.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Hasan Arifin berkata had tunggakan cukai tidak kurang daripada RM2,000 setiap individu yang dilaksanakan pada masa kini adalah kurang sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.
"PAC mengesyorkan kepada Kerajaan supaya mengkaji semula had tunggakan cukai supaya dinaikkan kepada RM10,000 untuk pembayar cukai individu dan RM50,000 untuk syarikat.
"Sebelum sekatan dikenakan, LHDN perlu memastikan notis tunggakan cukai disampaikan kepada individu atau syarikat mengikut undang-undang seperti yang diamalkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Sistem penyampaian LHDN perlu dinaik taraf dengan menggunakan teknologi baru seperti sistem pesanan khidmat ringkas (SMS), aplikasi WhatsApp atau e-mel dalam menyampaikan peringatan notis tunggakan cukai atau sekatan perjalanan ke luar negara," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan di Parlimen hari ini.
Perkara itu disuarakan PAC susulan penemuan Jabatan Audit Negara dalam pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2 yang dibentangkan di Parlimen pada 21 Nov 2016.
Malah tegasnya, LHDN serta Jabatan Imigresen Malaysia perlu memastikan pangkalan data yang digunakan sentiasa dikemaskini supaya tidak berlaku kes pembayar cukai yang telah menjelaskan cukai tetapi masih mengalami masalah semasa hendak ke luar negara.
Syor yang dikemukakan PAC itu adalah hasil mesyuarat prosiding pada 27 Mac 2017 bersama Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Siti Zauyah Md Desa dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Mar 15 2018
![PAC syor LHDN naikkan had tunggakan cukai PAC syor LHDN naikkan had tunggakan cukai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61463556015_HasanArifin.jpg)
HASAN: PAC mengesyorkan kepada Kerajaan supaya mengkaji semula had tunggakan cukai supaya dinaikkan kepada RM10,000 untuk pembayar cukai individu dan RM50,000 untuk syarikat. - Astro AWANI/Fail
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![PAC syor LHDN naikkan had tunggakan cukai PAC syor LHDN naikkan had tunggakan cukai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61463556015_HasanArifin.jpg)
PAC syor LHDN naikkan had tunggakan cukai
PAC mengesyorkan kepada Kerajaan supaya mengkaji semula had tunggakan cukai supaya dinaikkan kepada RM10,000 untuk pembayar cukai individu dan RM50,000 untuk syarikat.