KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan bermesyuarat pada 26 Julai depan, kata Pengerusinya, Wong Kah Woh.
Beliau berkata, surat pemakluman tarikh mesyuarat PAC Parlimen ke-14 itu telah dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini.
Katanya, mesyuarat itu akan diadakan seiring titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Parlimen bersidang untuk menjalankan fungsi sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap kerajaan.
"Sehubungan itu, saya selaku Pengerusi PAC Parlimen ke 14 akan memanggil Jawatankuasa ini untuk bersidang pada 26 Julai 2021, Isnin, jam 2 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan secara fizikal melibatkan semua ahli PAC serta ahli ex officio bagi membincangkan jadual mesyuarat PAC yang akan datang terutama membabitkan perkara-perkara yang tertangguh sebelum ini.
Antara lain kata beliau, intipatinya juga adalah bertujuan untuk mengemas kini jadual mesyuarat PAC Parlimen.
"Bagaimanapun, jawatankuasa ini terbuka untuk mengadakan mesyuarat ini secara hibrid sekiranya tidak melanggar mana-mana Peraturan Mesyuarat Majlis- Majlis Dewan Rakyat," ujar beliau dalam kenyataan sama.
Nickyson Nyambar
Fri Jul 02 2021
![PAC bermesyuarat 26 Julai depan - Kah Woh PAC bermesyuarat 26 Julai depan - Kah Woh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605671168_WongKahWoh.jpg)
Kah Woh berkata, mesyuarat itu akan diadakan secara fizikal melibatkan semua ahli PAC serta ahli ex officio. - Gambar fail
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![PAC bermesyuarat 26 Julai depan - Kah Woh PAC bermesyuarat 26 Julai depan - Kah Woh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605671168_WongKahWoh.jpg)
PAC bermesyuarat 26 Julai depan - Kah Woh
Surat pemakluman tarikh mesyuarat PAC Parlimen ke-14 itu telah dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini.
![6 kes 'Improper Payment' dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018 6 kes 'Improper Payment' dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41563191019_NorainiAhmad.jpg)
6 kes 'Improper Payment' dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018
PAC Parlimen mendengar taklimat Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, Ketua Audit Negara mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2018 Siri II.
![PAC adakan prosiding EMGS dan pengurusan subsidi LPG PAC adakan prosiding EMGS dan pengurusan subsidi LPG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41563191019_NorainiAhmad.jpg)
PAC adakan prosiding EMGS dan pengurusan subsidi LPG
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen hari ini mengadakan dua prosiding membabitkan isu pembangunan Education Malaysia Global Services (EMGS) dan pengurusan subsidi gas petroleum cecair.