GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambung penajaan program feri percuma selama enam bulan pada tahun depan iaitu bermula esok hingga 30 Jun 2023 membabitkan perbelanjaan sebanyak RM468,000.
Pengerusi Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, perkara itu adalah seiring dengan lanjutan pembiayaan Pas Mutiara oleh kerajaan negeri yang telah diumumkan baru-baru ini.
"Ini sekali gus bermaksud bahawa sekali lagi, jaringan pengangkutan awam di Pulau Pinang baik pengangkutan air atau darat adalah percuma bagi semua warganegara Malaysia.
"Pembiayaan tambang feri kepada penumpang pejalan kaki ini melibatkan peruntukan RM78,000 sebulan dengan jumlah tiket sebanyak 65,000 tiket sebulan,'' katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya program yang mula dilancarkan sejak 1 Julai 2021 ini telah mendapat sambutan hangat daripada warga Pulau Pinang dengan jumlah penumpang (ridership) menunjukkan momentum yang semakin meningkat, lebih-lebih lagi apabila negara memasuki fasa endemik COVID-19.
Zairil berkata, menerusi penajaan itu ia membolehkan penumpang pejalan kaki warganegara Malaysia layak untuk menikmati perkhidmatan feri Pulau Pinang secara percuma pada setiap hari dan setiap masa.
Katanya, penumpang hanya perlu membawa MyKad yang telah didaftarkan terlebih dahulu di kaunter tiket dan tap di peranti pengimbas MyKad yang disediakan oleh pihak Penang Port Sdn Bhd (PPSB) untuk penyeberangan percuma sebelum menaiki feri.
"Kerajaan negeri berharap dengan adanya pembiayaan tambang feri itu ia dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan kos perjalanan warga Pulau Pinang yang berulang-alik menggunakan pengangkutan awam," katanya.
Menurutnya usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri itu juga diharap dapat menjadi pemangkin untuk orang ramai menggunakan pengangkutan awam sebagai salah satu mod pengangkutan. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 31 2022

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambung penajaan program feri percuma selama enam bulan pada tahun depan iaitu bermula esok hingga 30 Jun 2023 membabitkan perbelanjaan sebanyak RM468,000.
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 pembantu perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Polis nafi keluarkan amaran halang Guan Eng naik feri
Polis Pulau Pinang hari ini menafikan mengeluarkan amaran menghalang bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng daripada menaiki perkhidmatan feri yang tidak lagi akan membawa kenderaan empat roda bermula esok.

Hanya orang 'Tanjong' dan 'Bagan' saja yang tahu sedihnya
Kalau operasi feri ni dihentikan atau tukar, memang sedih la.

Feri Pulau Pinang: Berbaloikah kekalkan nostalgia dengan kerugian RM24 juta setahun?
Tidak masuk akal apabila jika berdegil dan bertegas untuk perkhidmatan Feri Pulau Pinang dikekalkan semata-mata kerana rasa nostalgia.

Jangan bersedih! Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan
Perkhidmatan feri Pulau Pinang dilaporkan akan dihentikan bermula 1 Jan depan dan digantikan dengan bot penumpang laju

Bot laju ganti feri Pulau Pinang bermula 1 Januari 2021
Bot laju baharu yang akan diperkenalkan itu digunakan untuk membawa penumpang pejalan kaki sahaja.

Feri Pulau Pinang dinaik taraf tahun depan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberi komitmen bahawa projek menaik taraf sistem perkhidmatan feri Pulau Pinang akan mula dilaksanakan mulai tahun depan.

Isu feri: Kerajaan Pulau Pinang ulang tawaran ambil alih operasi
Kerajaan DAP Pulau Pinang mengulangi tawarannya untuk mengambil alih perkhidmatan feri di negeri itu dalam usaha mengelak masalah kenaikan tambangnya.

Sudahlah yang guna feri tu orang susah, kenapa nak naikkan tambang - Musa
Cadangan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) untuk menaikkan harga tiket feri dilihat bakal menyusahkan rakyat terutama golongan sederhana dan bawahan di negeri itu.

Tambang feri Pulau Pinang bakal naik?
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bercadang membuat semakan tarif bagi perkhidmatan ferinya.