SEREMBAN: Jika Aidilfitri tahun lalu peniaga bazar malam Aidilfitri Dataran Senawang di sini boleh tersenyum dengan hasil jualan mereka, tetapi sebaliknya berlaku tahun ini.
Meskipun hanya tinggal beberapa hari saja lagi menjelang Aidilfitri, namun peniaga mendakwa jualan kali ini tidak begitu memberangsangkan.
Malah ada sesetengah peniaga yang barang jualannya masih banyak belum terjual.
Menurut peniaga, Mohd Aliff Haiqal Mohd Affendi, 23, kesesakan jalan sebelum memasuki bazar berkenaan bukanlah jaminan peniaga akan memperoleh hasil jualan yang menguntungkan.
"Orang datang memang ramai, tapi yang membeli itu kurang. Kebanyakan yang datang sekadar cuci mata.
"Ada yang beritahu mereka nak meninjau harga dahulu. Saya rasa ramai orang berhati-hati untuk berbelanja kerana mereka sebelum ini sudah banyak keluar duit untuk buat persiapan sekolah anak-anak," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Malah keadaan itu kata Mohd Aliff, bukan saja berlaku di situ tetapi juga di bazar Aidilfitri lain.
Dia yang berniaga bazar di Aidilfitri sejak tahun 2013 berkata, jika tahun lalu dia terpaksa menambah stok seluar yang dijualnya beberapa kali tetapi tidak kali ini.
"Tahun lepas, semua seluar yang saya jual dengan harga RM50 semuanya habis.
"Tapi tahun ini saya jual dengan harga lebih murah pun pelanggan kurang. Harapnya pelanggan buat pembelian saat akhir nanti," katanya.
Peniaga barangan aksesori lelaki, Khairul Annuar Jaafar, 28, turut mengakui perkara sama malah menyifatkan tahun ini jualannya paling teruk.
Ujarnya, jika hari bekerja keadaan di bazar itu agak lengang berbeza berbanding tahun lalu.
"Kita mengharapkan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja. Pengunjung itu memang ada.
"Tapi yang kita nampak banyak pengunjung hanya jalan dengan tangan kosong saja, mungkin ramai yang rasa perlu berhati-hati untuk berbelanja," katanya.
Sementara itu, Muhammad Izzat Yusuf, 34, pula berkata, tahun ini dia lebih banyak termenung dan ada hari yang khemahnya langsung tidak dikunjungi pelanggan.
Katanya, jualan kali ini sangat perlahan meskipun harga baju kurung dan baju Melayu yang dijualnya sama saja dengan tahun lepas.
"Harapnya masuk minggu terakhir Ramadan esok, orang ramailah turun membeli," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 16 2023
Suasana di bazar malam Aidilfitri Dataran Senawang. (Gambar kecil: Mohd Aliff Haiqal dan Khairul Annuar.) -Foto Sinar Harian
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
'Orang ramai, tapi yang beli kurang' - Peniaga Dataran Senawang
Meskipun hanya tinggal beberapa hari saja lagi menjelang Aidilfitri, namun peniaga mendakwa jualan kali ini tidak begitu memberangsangkan.