Polis akan membuat kawalan selama 24 jam dan meminta kira-kira 2,000 individu yang masih berkumpul di sekitar kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights dekat sini, malam ini, untuk bersurai dan tidak cuba menimbulkan provokasi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata berdasarkan maklumat awal yang diterima mendapati ada pihak cuba menghasut dan menimbulkan provokasi.
“Saya menegaskan sekali lagi kepada mereka yang berkumpul di sana untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan kerana kes ini masih dalam siasatan polis.
“Selain itu, kami dapat maklumat mereka ingin berkumpul di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk melakukan provokasi dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, malam ini.
Hari ini, polis menahan 17 lelaki bagi membantu siasatan kejadian berkenaan, yang berlaku 2.30 pagi tadi, sehingga menyebabkan kecederaan terhadap beberapa individu selain 18 kenderaan dan dua motosikal dirosakkan dan dibakar.
Mohamad Fuzi yang baru sahaja pulang dari Dubai hari ini selepas menghadiri ‘87th General Assembly of the International Criminal Police Organisation (Interpol)’ di negara itu, terus bergegas ke IPK Selangor untuk memberi sidang media mengenai perkembangan kes itu.
Terdahulu beliau diberi taklimat berhubung kejadian berkenaan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlan Sadari sebelum memulakan sidang media. – BERNAMA
Bernama
Mon Nov 26 2018
MOHD FUZI: Jangan keruhkan lagi keadaan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tommy dakwa permohonan komital keluarga Adib tidak lengkap
Keluarga mangsa sebelum ini mendakwa Tommy sebagai Peguam Negara tidak boleh mengeluarkan keputusan berhubung punca kematian Muhammad Adib.
Inkues Adib: Prosiding inkues bakal ditentukan 24 Julai
Tarikh itu juga bakal ditentukan permohonan pihak peguam keluarga Muhammad Adib untuk memulakan prosiding komital terhadap Tommy Thomas.
Keluarga Allahyarham Adib mohon Tommy Thomas 'diheret' ke mahkamah
Permohonan untuk memulakan sesi komital itu difailkan bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, menerusi Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates.
Inkues Adib: Terdapat kesilapan pada teori pakar forensik HKL - Pakar Fizik
Dr Amir Radzi Ab Ghani merupakan saksi ke-30 hadir bagi sesi prosiding inkues bagi membantu memberi keterangan berhubung teori daya pelanggaran.
Inkues Adib: Laporan bedah siasat tidak selari dengan teori kecederaan - Saksi pakar
Saksi ke-29 itu berkata hal itu agak mustahil susulan keadaan kelajuan van EMRS yang berundur sewaktu rusuhan tidak berpadanan dengan kecederaan.
Inkues Adib: Adib mungkin dalam keadaan separa sedar - Saksi pakar
Menurut saksi ke-29, Muhammad Adib tidak menunjukkan sebarang tindakan seperti melawan atau mempertahankan diri.
Inkues Adib: Prosiding tangguh, saksi tidak hadir
Saksi terakhir yang merupakan Bekas Pakar Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) itu masih diperlukan.
Inkues Adib: Adib tidak menjawab soalan polis - Saksi
Saksi ke-28 itu berkata perkara itu ketika beliau melawat mangsa pada kali kedua di ICU Institut Jantung Negara (IJN) pada 12 Disember 2018.
Inkues Adib: Status di Facebook punca saya dikecam - Pakar forensik
Dr Ahmad Hafizam sebelum ini memberitahu, kecederaan yang dialami Muhammad Adib tidak berpadanan dengan kecederaan fizikal akibat dikasari.
'Pecat Waytha!', Geras beri masa 40 hari
Presiden Geras menegaskan sekiranya Perdana Menteri gagal memecat Waytha dalam tempoh 40 hari, satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan.